Live FIFA 2026 Di TikTok Cecah 500K, Netizen Bengang RTM Rugi Hak Siaran?

17 hours ago 7

Tindakan seorang pempengaruh menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 yang disiarkan oleh RTM menerusi TikTok mengundang kecaman ramai selepas jumlah tontonan siaran tersebut dilaporkan mencecah hampir 500,000 penonton.

Isu itu menjadi perbualan hangat di Threads apabila ramai pengguna meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan berkenaan boleh menjejaskan hak penyiaran rasmi yang diperoleh RTM dengan kos yang tinggi.

Seorang pengguna Threads menulis bahawa RTM dikatakan membayar jutaan ringgit bagi mendapatkan hak penyiaran kejohanan berprestij itu, namun siaran tersebut disiarkan semula secara langsung di TikTok sehingga ditonton orang ramai dari pelbagai negara.

“Kau bayangkan RTM bayar berjuta ringgit beli hak penyiaran Piala Dunia 2026. Tapi si kesial ni dengan bangga dia siarkan secara rasmi di live TikTok menyebabkan ramai orang satu dunia tengok live dia. Aku harap RTM boleh saman dia ni,”- tulis pengguna tersebut.

Seorang lagi pengguna pula berpendapat isu itu bukan sahaja merugikan RTM, malah boleh memberi kesan kepada semua penyiar rasmi Piala Dunia di rantau ASEAN dan seluruh dunia kerana trafik penonton beralih kepada siaran tidak rasmi.

“Tak hanya merugikan pihak RTM, tapi merugikan seluruh penyiar rasmi Piala Dunia di seluruh ASEAN bahkan seluruh dunia. Traffic lari semua ke dia. Sebelum ada laporan dari negara tetangga ASEAN yang berujung FIFA menegur penyiar rasmi RTM. Pihak RTM harus mengclearkan masalah ini. TikTok juga harus bertanggungjawab,”- tulisnya.

VIA Threads

Perkongsian tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kepentingan menghormati hak penyiaran eksklusif serta tanggungjawab platform media sosial dalam mengesan dan menghentikan penstriman kandungan berhak cipta.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh RTM berhubung insiden tersebut mahupun sama ada sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang didakwa menyiarkan semula siaran berkenaan. Namun, rata-rata pengguna berharap isu itu diberi perhatian serius bagi melindungi hak penyiaran yang telah diperoleh secara sah.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |