Lah Ahmad Bawa Nafas Baharu Dalam “Penantian” Dengan Susunan Muzik Lebih Segar Dan Kontemporari

1 month ago 42

Lagu ‘‘Penantian’’ adalah satu lagu yang sangat popular pada zamannya kerana melodi yang mendalam dan lirik puitisnya yang menyentuh hati, berkisar tentang perasaan rindu dan penantian yang penuh harapan.

Lagu ini yang diterbitkan pada 1981 adalah ciptaan sepenuhnya oleh Zubir Ali yang merupakan penyanyi dari Kumpulan Harmoni.

Susunan Muzik Lebih Segar

via Opie Sofia & OPR Network

Kini digubah dengan susunan muzik yang lebih segar dan kontemporari oleh Azmeer dengan nyanyian oleh Lah Ahmad, seorang penyanyi, komposer, penulis lirik yang dikenali sebagai ahli kumpulan Voice of Euphononious (V.E) pada tahun 1999 dan terkenal dengan genre R&B dan pop.

Selain penglibatannya dalam V.E., Lah juga menyertai kumpulan Al-Maulid yang memfokuskan kepada lagu-lagu nasyid.

Beliau memulakan kerjaya solo sekitar 2014 dengan album pertama berkonsepkan unsur kerohanian dengan irama R&B dan soul. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan 4 buah album solonya.

Bagi Lah, lagu Penantian adalah sebuah lagu yang semakin mendengar semakin lebih indah dan menggengam jiwa.

Lagu Yang Diterbitkan Semula

via Opie Sofia & OPR Network

Harap versi baru ‘Penantian’ nyanyian Lah Ahmad ini dapat diterima oleh generasi muda dan juga media radio serta televisyen.

Projek 100 lagu 100 tahun adalah salah satu penerbitan semula 100 lagu pilihan terbaik sepanjang 100 tahun industri muzik.

Projek ini merangkumi audio , visual serta sebuah buku meja kopi.

Projek ini bertujuan untuk mengumpul dan memastikan salah satu khazanah seni penting negara iaitu lagu – lagu melayu terbaik yang indah melodinya dan pernah memberi impak yang mengesankan dalam Sejarah muzik Melayu tanahair dalam tempoh seabad yang lalu, dapat dipersembahkan kembali untuk tatapan generasi muda hari ini.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |