Kurang dua tahun beroperasi sejak ditubuhkan pada 2024, SIIKAT Head Spa terus mencipta nama dalam industri kesejahteraan tempatan apabila membuka cawangan kelima mereka di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Dalam kunjungan MURAI ke majlis pembukaan rasmi tersebut, apa yang menarik perhatian bukan sekadar suasana spa yang menenangkan, tetapi juga visi besar yang dibawa oleh pengasasnya, Siti Nur Rahmah, yang mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap penjagaan kulit kepala.
Bermula Dengan Kepercayaan Bahawa Kesihatan Bermula Dari Kulit Kepala
Ketika ditemui MURAI, Rahmah menjelaskan bahawa SIIKAT bukan sekadar menawarkan rawatan spa biasa, sebaliknya mengetengahkan konsep natural head spa yang menumpukan kepada kesejahteraan holistik menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Menurut beliau, ramai masih melihat penjagaan kulit kepala hanya sebagai rutin kecantikan, sedangkan ia mempunyai hubungan rapat dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan.
“Kami mementingkan ramuan dan rawatan yang fokus kepada kesihatan semula jadi. Apa yang membezakan SIIKAT ialah niche natural head spa kerana kami percaya kesihatan keseluruhan bermula daripada kulit kepala, dan kulit kepala itu sendiri mewakili banyak organ dalam tubuh badan,” katanya kepada MURAI.
Jelas Rahmah lagi, setiap rawatan yang ditawarkan dibangunkan dengan teliti bagi memberikan pengalaman pemulihan yang menyeluruh, bukan sekadar untuk mencantikkan rambut atau kulit kepala.
Mahu Wanita Ada Ruang Untuk Berehat Dan Pulih
Bagi Rahmah, SIIKAT diwujudkan untuk memenuhi keperluan wanita moden yang sering berdepan tekanan hidup, komitmen kerja dan tanggungjawab keluarga.
Atas sebab itu, setiap cawangan direka sebagai ruang yang selamat dan privasi untuk pelanggan berehat seketika daripada kesibukan harian.
“Kami mahu wanita yang datang ke sini bukan sahaja mendapatkan rawatan, tetapi pulang dengan emosi yang lebih tenang dan tubuh yang lebih segar. Kadang-kadang wanita hanya perlukan ruang untuk diri sendiri,” ujarnya.
Pengalaman Peribadi Cetus Idea SIIKAT
Di sebalik penubuhan SIIKAT, Rahmah mengakui ia turut tercetus daripada pengalaman peribadinya sebagai seorang wanita yang pernah berdepan situasi kurang selesa ketika mendapatkan perkhidmatan di salon yang mempromosikan konsep mesra Muslimah.
Menurutnya, masih ramai pengusaha salon yang kurang memahami keperluan sebenar wanita Muslim, khususnya berkaitan penjagaan aurat dan privasi.
“Dulu saya pernah pergi ke sebuah salon yang dikatakan mesra Muslimah. Saya datang dengan harapan tempat itu benar-benar menjaga privasi pelanggan wanita dan tiada kehadiran lelaki supaya saya rasa lebih selesa menjaga aurat.”
Namun apa yang berlaku ketika itu amat mengejutkannya.
“Tiba-tiba muncul seorang lelaki di salon tersebut dan dia berkata kepada saya, ‘Jangan risau, saya gay’. Pada ketika itu saya sedar ramai yang masih tidak faham isu sebenar. Bagi kami, ia bukan soal orientasi seseorang, tetapi soal aurat dan privasi wanita.”
Tambah Rahmah, pengalaman itu membuka matanya tentang keperluan mewujudkan ruang yang benar-benar memahami sensitiviti wanita, terutama pelanggan Muslimah yang mahukan ketenangan ketika mendapatkan rawatan.
“Sebab itu di SIIKAT, kami sangat menitikberatkan aspek privasi dan keselamatan pelanggan. Kami mahu wanita yang datang ke sini berasa tenang tanpa perlu risau tentang aurat atau ruang peribadi mereka,” katanya.
Lima Cawangan Dalam Tempoh Kurang Dua Tahun
Membuka lima cawangan dalam tempoh kurang dua tahun pastinya bukan sesuatu yang mudah.
Mengulas perkembangan pesat tersebut, Rahmah mengakui perjalanan membangunkan jenama SIIKAT penuh dengan cabaran, namun sokongan pelanggan dan keyakinan pelabur menjadi antara faktor utama yang membantu syarikat berkembang dengan lebih pantas.
Menurutnya, kepercayaan yang diberikan oleh para pelabur terhadap model perniagaan dan visi syarikat membuka ruang untuk SIIKAT mengembangkan operasi ke beberapa lokasi strategik.
Ketika ini, SIIKAT Head Spa telah beroperasi di Bangi, Eco Majestic, Putrajaya, Setia Alam dan kini Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, pertumbuhan ini datang daripada kepercayaan ramai pihak terhadap apa yang kami bawa. Ia bukan hanya mengenai perniagaan, tetapi tentang misi untuk membawa akses kepada kesejahteraan semula jadi kepada lebih ramai wanita di Malaysia,” katanya.
Bakal Buka Cawangan Khas Untuk Lelaki
Menariknya, selepas memberi fokus kepada pelanggan wanita, Rahmah turut mendedahkan perancangan untuk membuka cawangan khas bagi pelanggan lelaki menjelang hujung tahun ini yang diuruskan oleh rakan niaganya saudara Yusuf Tony. Langkah tersebut dilihat sebagai usaha memperluaskan manfaat rawatan natural wellness kepada golongan lelaki yang kini semakin peka terhadap penjagaan diri dan kesihatan holistik.
Yusuf Tony dan Pengasas SIIKAT Head Spa, Siti Nur RahmahDengan pembukaan cawangan kelima di Sri Hartamas serta pelbagai perancangan baharu yang sedang diatur, jelas SIIKAT bukan lagi sekadar jenama head spa tempatan, tetapi sebuah gerakan yang mahu mengangkat kesejahteraan semula jadi dan pemerkasaan wanita ke tahap yang lebih tinggi.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

9 hours ago
6






![[REVIEW] The Grand Slam Unplugged 2: Bukan Sekadar Konsert, Ia Seperti Mesin Masa Buat Peminat Slam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-13.22.05.webp)









![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)
























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










