Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

15 hours ago 8

Kalau sebut nama Shakira dan Rita Rudaini, mungkin ramai fikir mereka langsung tiada kaitan. Seorang penyanyi antarabangsa dari Colombia, seorang lagi pelakon terkenal Malaysia. Namun bila MURAI selongkar kisah hidup mereka, rupa-rupanya ada banyak persamaan yang cukup menyentuh hati.

Kedua-duanya pernah menjalani kehidupan bersama pemain bola sepak sebelum hubungan itu berakhir. Shakira berpisah dengan bekas bintang Barcelona, Gerard Piqué, manakala Rita Rudaini pula bercerai dengan bekas pemain kebangsaan, Aidil Zafuan.

Rita Rudaini Dan Shakira: Demi Anak, Mereka Terus Kuat

Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

Apa yang paling mencuri perhatian ialah kedua-duanya kini membesarkan dua orang anak lelaki sebagai ibu tunggal. Shakira membesarkan Milan dan Sasha, sementara Rita pula menjaga Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna.

Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

Walaupun diuji dengan perpisahan, kedua-dua wanita ini memilih untuk terus melangkah. Shakira pernah berkongsi bahawa anak-anak menjadi keutamaan dalam setiap keputusan hidupnya, termasuk berpindah ke Miami demi memberi permulaan baharu kepada mereka. Rita pula berkali-kali menegaskan segala penat lelah yang dilalui berbaloi apabila melihat dua anak lelakinya membesar dengan cemerlang.

Rita Rudaini Dan Shakira: Mereka Wanita Hebat

Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini & Shakira?

Bagi MURAI, inilah bukti bahawa kasih sayang seorang ibu tidak mengenal batas. Walaupun jalan hidup mereka berbeza, matlamatnya tetap sama iaitu memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Mungkin sebab itu ramai melihat Shakira dan Rita Rudaini bukan sekadar selebriti, tetapi simbol wanita yang kuat. Kisah mereka membuktikan bahawa kegagalan sebuah hubungan bukanlah penamat kehidupan. Sebaliknya, ia menjadi titik permulaan untuk bangkit demi insan yang paling disayangi. Respect betul!

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

2

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |