Orang ramai, terutamanya peminat terkejut dengan berita perpisahan pelakon Jung Kyung Ho dan penyanyi SNSD Sooyoung. Sebelum agensi mereka mengesahkan berita itu secara rasmi, peminat menyedari mereka telah berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Kalau kamu nak tahu, Kyung Ho dan Sooyoung dikenali sebagai pasangan selebriti Korea yang paling disayangi dan bertahan lama. Ramai peminat menantikan perkahwinan mereka. Namun tiada siapa jangka, hubungan mereka berakhir selepas 14 tahun.
Agensi Sooyoung, Saram Entertainment mengesahkan bahawa bahawa hubungan penyanyi dan pelakon itu telah putus. Walau bagaimanapun, penyanyi itu akan mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas teman lelakinya.
“Memang benar mereka telah berpisah. Mereka telah memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik.”
Untuk makluman semua, Kyung Ho tidak pernah teragak-agak untuk meluahkan rasa cintanya terhadap SNSD Sooyoung dalam pelbagai temu bual dihadirinya. Dia juga menyebut penyanyi itu sebagai figura yang memberinya kekuatan dan sokongan dalam meneruskan kerjayanya.
Nampaknya berita perpisahan ini menandakan berakhirnya salah satu hubungan paling ikonik dan berkekalan dalam industri Korea Selatan.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

2 hours ago
3



![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)













![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











