Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam kini dalam proses untuk berpisah.
Marissa menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa prosiding lafaz cerai dan rujuk yang dihadirinya bersama Aslam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa itu ditangguhkan untuk sambung bicara kerana dia masih belum memberikan keterangan.
“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan.”-tulis Marissa di Instagram
“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”
Tambahnya lagi, dia turut menyatakan bahawa dia dan Aslam kini dalam proses berpisah selain menitipkan harapan agar tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai & rujuk adalah cerai. Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak.
Give some space & please don’t jump to conclusions or assume things.”-tulis Marissa lagi.

Marissa sebelum ini berkongsi luahannya yang menyatakan bahawa dia tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai seorang isteri.
“Adakah wajar untuk terus mengungkit perkara sebelum perkahwinan dengan mengetahui bahawa saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?.
Yang mana saya sendiri akui sebagai salah dan khilaf, sedangkan saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah.
Malah saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya, dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa.”-tulis Marissa di Thread

Untuk info, sebelum ini pernah tular berita mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan berkahwin bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Abby turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa dia dia reda dengan pilihan anak perempuannya untuk bergelar isteri kedua kepada lelaki berkenaan. Namun menegaskan agar pasangan itu segera mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

13 hours ago
8
















![[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-35.webp)




















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)












