Kaki K-Drama Mesti Suka, Astro Daebak Bakal Temui Penonton Julai Ini

3 hours ago 2

Nampaknya peminat hiburan Korea ada sebab untuk tersenyum lebar mulai Julai ini.

Astro baru sahaja mengumumkan pelbagai tawaran baharu buat pelanggan mereka, termasuk pelancaran saluran khas Korea, Astro Daebak (CH 393), selain beberapa pakej penstriman yang jauh lebih berbaloi untuk kaki drama, kaki filem dan mereka yang suka binge-watch pada hujung minggu.

Apa yang menarik perhatian MURAI,  Astro Daebak yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2026 ini bakal menjadi destinasi baharu untuk peminat K-Drama dan rancangan variasi Korea. Lebih menarik, saluran ini dikuasakan oleh tvN, rangkaian yang terkenal dengan pelbagai drama hit yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh Asia.

K-Drama Lovers, Ini Berita Yang Anda Tunggu-Tunggu

Bayangkan sahaja, drama seperti Hotel Del Luna, Mr. Queen, Reply 1988, Signal dan What’s Wrong With Secretary Kim bakal menemani penonton di satu saluran yang sama. Bukan itu sahaja, peminat rancangan variasi juga boleh mengimbau nostalgia menerusi program popular seperti 3 Meals a Day dan Youn’s Kitchen.

Pelancaran Astro Daebak ini juga dilihat sebagai langkah Astro untuk terus memperkukuhkan penawaran kandungan Korea mereka selepas penamatan global saluran ONE HD sebelum ini. Menariknya, saluran baharu ini akan ditawarkan kepada semua pelanggan Astro tanpa perlu melanggan pakej tambahan.

Disney+, Prime Video Dan Pek Blockbuster Kini Lebih Berbaloi

Dalam masa yang sama, Astro turut memperkenalkan pakej penstriman baharu yang pasti membuatkan ramai pelanggan berkira-kira untuk menambah langganan.

Mulai hari ini, pelanggan boleh mendapatkan Disney+ dan Prime Video bersama Pek Blockbuster Astro pada harga RM25 sebulan. Jika hanya mahukan Prime Video, pelanggan boleh melanggannya pada harga RM15 sebulan dan turut menikmati Pek Blockbuster yang menawarkan pelbagai pilihan filem serta hiburan untuk seisi keluarga.

Antara kandungan yang boleh ditonton menerusi Disney+ termasuk Send Help, selain tayangan akan datang seperti Ready or Not 2: Here I Come dan A Shop for Killers 2. Prime Video pula bakal membawakan judul menarik seperti Spider Noir, The Legend of Vox Machina musim keempat, Every Year After dan Your Fault: London.

Tawaran istimewa ini dibuka untuk langganan sehingga 14 Ogos 2026.

Drama Cina, Korea Dan Melayu Dalam Satu Pakej

Buat peminat hiburan Asia pula, Astro turut tampil dengan pakej WeTV dan Viu Premium dalam satu langganan pada harga RM15 sebulan.

Melalui pakej WeTV + Viu Duo yang ditawarkan sehingga 4 September 2026 itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai drama Cina, siri Korea, drama Melayu, rancangan variasi dan kandungan eksklusif daripada kedua-dua platform.

Antara judul yang boleh ditonton termasuk Mo Li, In the Moonlight dan Eight Hundred di WeTV, manakala Viu menawarkan kandungan seperti Bidadari Tanpa Syurga, Reborn Rookie, The Season dan Aku Pilih Pelangi.

Astro Mahu Jadikan Pengalaman Menonton Lebih Lengkap

Dengan pelbagai pilihan kandungan daripada Hollywood, Korea, China sehinggalah produksi tempatan, Astro dilihat semakin agresif dalam menawarkan pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan.

Pendek kata, sama ada anda peminat K-Drama tegar, kaki filem Hollywood atau penggemar drama Asia, kini lebih banyak pilihan tersedia dalam satu platform dengan harga yang lebih mesra poket.

Semua tawaran ini boleh dinikmati menerusi Pek Astro One yang bermula serendah RM49.99 sebulan.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |