Ijam Asri Mahu Bertarung Di Gelanggang Tinju Dengan Ammar Alfian?-“Saya Fight Untuk Percuma Pun Takpe…”

7 hours ago 3

Peninju heavyweigh negara, Ijam ’50 Caliber’ Asri atau Ijam Asri ‘mengajak’ pelakon yang menjadi bualan ramai selepas didakwa memukul bekas teman wanitanya, Qhaisha untuk beraksi di gelanggang Fury Championship.

Ijam Asri, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa, dia yang memohon penganjur berkenaan untuk mengadakan perlawanan itu tidak kisah untuk bertanding dengan aktor tersebut secara percuma.

“Fury Championships tolong set saya dengan Ammar Alfian. Saya fight for free pun tak apa.”-tulis Ijam Asri di Insta Stories

“Ia Akan Menjadi Pertarungan Yang Baik Jika Awak Berminat…”

Mengakui hanya mempunyai satu rekod pertarungan pro, Ijam menyatakan bahawa ia akan menjadi satu pertarungan yang baik jika Ammar Alfian berminat untuk beraksi bersamanya di gelanggang.

“Saya hanya seorang fluffy guy hanya dengan 1 rekod pertarungan pro. Jangan risau Ammar Alfian, ia akan menjadi pertarungan yang baik jika awak berminat.”-tulis Ijam Asri lagi

Sekadar info, Ijam Asri berjaya menewaskan lawan dari Syria, Al-Mouatasem Billah dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru pada Februari lalu.

Manakala, nama Ammar Alfian pulan menjadi bualan netizen selepas didakwa memukul bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Qhaisha. Malah, wanita berkenaan turut memuatnaik beberapa foto yang memaparkan tubuh badannya serta bahagian wajah yang mengalami kecederaan dan lebam selepas dipukul oleh aktor tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |