Kemelut rumah tangga pempengaruh Ahmad Aslam dan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim terus menjadi perhatian ramai apabila kedua-duanya dilihat hadir berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk makluman semua, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah bagi prosiding berkaitan pengesahan lafaz cerai. Hadir secara berasingan membuatkan ramai yang tertanya-tanya status sebenar pasangan tersebut.
Aslam & Marissa Dania Tidak Lagi Tinggal Sebumbung
Ketika ditemui rakan media, Aslam tampil mengesahkan bahawa dia dan isteri keduanya itu tidak lagi tinggal sebumbung. Manakala Marissa yang berjubah merah jambu, kelihatan sebak dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.
“Kita tunggu keputusan mahkamah. Ya, (kami) datang berasingan dan kami sudah duduk berasing. Saya pun tidak tahu lagi (keputusan mahkamah) sekarang. Mohon doakan yang baik-baik dan semoga dipermudahkan urusan”, kongsi Aslam.
Untuk rekod, Ahmad Aslam didakwa melafazkan cerai terhadap Marissa Dania Hakim sebanyak dua kali. Lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 dan pasangan itu rujuk semula pada bulan yang sama. Lafaz cerai kedua berlaku pada April 2025 dan difahamkan mereka kembali rujuk dua bulan selepas itu.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

15 hours ago
9













![[REVIEW] The Grand Slam Unplugged 2: Bukan Sekadar Konsert, Ia Seperti Mesin Masa Buat Peminat Slam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-13.22.05.webp)
























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










