Seorang individu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video siaran langsungnya telah mencetuskan kontroversi melibatkan komuniti Orang Asli.
Untuk makluman semua, individu yang dikenali dengan nama Anarchy7sky, telah mendakwa Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdulah telah ‘menyimpan’ pendaki Jaslinda Saludin sebelum ditemui. Kenyataannya itu dianggap kurang sopan dan mencetuskan kemarahan orang ramai, terutamanya komuniti Orang Asli.
“Dia gi lepak rumah Tok Batin. Masalahnya Tok Batin simpan dia (Jaslinda) 2 minggu, 3 minggu tu. Dia buat apa Tok Batin tu?”
Menyedari kenyataan yang dibuatnya telah menimbulkan kemarahan ramai, individu tersebut memuat naik video pendek untuk memohon maaf. Akuinya kenyataan sebelum ini hanyalah bentuk gurauan dan usikan semata-mata. Dia juga menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak mencerminkan niat sebenarnya.
@jokerspillthetea77PERMOHONAN MAAF TERBUKA DARI SAYA KEPADA SEMUA KOMUNITI ORANG ASLI DAN RAKYAT MALAYSIA #komunitiorangasli #malaysia #tokbatintapah #jaslinda
♬ original sound – 🅰🅽🅰🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈 – 🅰🅽🅰🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈
“Apa yang berlaku tidaklah seperti yang saya maksudkan, ingin sampaikan dan ianya bukanlah fitnah seperti yang tersebar. Ianya gurauan dan usikan saya bersama dengan netizen ketika saya sedang membuat siaran langsung.”
Susulan daripada itu, sebanyak 50 orang Tok Batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari Batang Padang, Muallim serta Kinta, telah membuat laporan polis terhadap individu terbabit. Manakala suami Jaslinda, Haszman Othman dilaporkan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah itu.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

4 hours ago
3



![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)













![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











