Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

9 hours ago 8

Bandaraya Miri bakal menjadi lokasi utama bagi dua konsert mega percuma yang akan menghangatkan suasana Bumi Kenyalang pada bulan Mei ini.

Merupakan Simbol Kejayaan

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak serta dibawakan oleh TVS dengan kerjasama Astro, konsert-konsert ini menjadi simbol kejayaan dalam memperluas industri kreatif ke utara Sarawak.

Konsert pertama, Konsert MeleTOP TVS, akan berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri dan disusuli rakaman khas MeleTOP pada 18 Mei.

Ini merupakan kali pertama program MeleTOP dibawa keluar dari Lembah Klang.

Barisan Artis Yang hebat

via Astro

Barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuk Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88 dan Namie, mempersembahkan gabungan tradisi Borneo dan muzik pop moden.

Konsert ini disiarkan secara langsung melalui TVS, Astro ONE dan Sooka.

Konsert kedua, Konsert Berkat Gawai-Kaamatan, berlangsung pada 21 Mei 2025, menampilkan Ella sebagai bintang utama bersama barisan artis seperti Bob Yusof, Velvet Aduk, Marina Jara dan ramai lagi.

Meraikan Budaya Dan Warisan

Ia meraikan budaya dan warisan masyarakat Sarawak, Sabah dan Kalimantan. Bagi yang tidak dapat hadir, konsert ini akan disiarkan pada 31 Mei 2025 jam 9 malam di TVS.

Pemilihan Miri sebagai lokasi adalah strategi yang tepat kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Brunei, Sabah dan Kalimantan serta bersempena ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandaraya.

Kedua-dua konsert ini bukan sahaja menjanjikan persembahan bertaraf antarabangsa, malah membuka peluang kepada bakat tempatan untuk tampil bersama artis terkenal.

Tiket percuma boleh didapati di tvsarawak.my/kejutan-tvs, namun terhad kepada yang cepat bertindak.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |