Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

1 day ago 11

Kalau sebut Citrawarna, mesti ramai terus terbayang perarakan penuh warna-warni di Dataran Merdeka. Tapi sebenarnya, edisi 2026 hadir dengan lebih banyak kejutan yang mungkin ramai tak perasan. Bukan sekadar persembahan atas pentas, malah festival ini turut membawa pengalaman budaya yang lebih dekat dengan pengunjung.

1. Ribuan Penari Satukan Malaysia

Fakta pertama, seramai 3,500 penari bergabung mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, sekali gus menjadikan ia antara persembahan budaya terbesar negara. Setiap kontinjen membawa identiti, tradisi dan keunikan tersendiri. Memang meriah dan penuh warna!

Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI KagumDi Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

2. Festival Tiga Hari, Bukan Satu Malam

Kalau ingat Citrawarna hanya berlangsung pada malam perarakan, anda silap. Festival ini berlangsung selama tiga hari menerusi empat komponen utama iaitu Citra Perarakan, Citra Rasa, Citra Budaya dan Citra Seni. Maksudnya, banyak aktiviti boleh diterokai dari pagi hingga malam.

Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

3. Budaya Malaysia Tarik Perhatian Dunia

Satu lagi perkara yang menarik perhatian MURAI ialah kehadiran lebih 700 pelancong antarabangsa dari 12 negara termasuk Jepun, China, India, Itali, Perancis dan Kazakhstan. Ini membuktikan budaya Malaysia masih mempunyai daya tarikan yang kuat di mata dunia.

Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

4. Pengunjung Pun Boleh Jadi Sebahagian Daripada Budaya

Bukan sekadar melihat persembahan, pengunjung turut berpeluang mencuba sendiri pengalaman seperti canting batik, anyaman ketupat, demonstrasi juadah tradisional dan pelbagai aktiviti interaktif bersama artisan tempatan. Memang lagi feel bila dapat buat sendiri.

Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

5. Citrawarna 2026: Syurga Makanan & Seni Dalam Satu Tempat

Selain persembahan budaya, Citrawarna 2026 menghimpunkan lebih 70 gerai makanan dan minuman, 20 reruai kebudayaan serta 10 reruai seni dan kraf tangan. Datang dengan perut kosong pun tak risau, sambil menikmati makanan boleh terus menyelami seni dan warisan tempatan.

Di Sebalik Gemerlapan Citrawarna 2026, Ini 5 Fakta Yang Buat MURAI Kagum

Bagi MURAI, Citrawarna bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu platform yang menghidupkan semula budaya Malaysia dengan cara yang lebih santai dan mudah didekati semua generasi. Bila tradisi digabungkan dengan pengalaman interaktif dan hiburan moden, barulah festival seperti ini terasa relevan. Kalau masih belum pernah hadir, mungkin inilah masa terbaik untuk rasai sendiri kemeriahan Citrawarna.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |