Jika anda nampak bas KL Hop-On Hop-Off berwajah baharu di sekitar ibu kota, itu bukan sekadar rekaan biasa. Ia sebahagian daripada kempen terbaharu Tourism Malaysia bersama pengendali KL Hop-On Hop-Off, Elang Wah Sdn. Bhd., bagi menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi menarik dalam negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Kempen yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, menyaksikan enam buah bas KL Hop-On Hop-Off dihiasi visual tarikan pelancongan dari 15 negeri dan wilayah persekutuan.
Antara lokasi yang dipaparkan termasuk Masjid Sri Sendayan dan rumah tradisional Minangkabau di Negeri Sembilan, selain Pinnacles of Mulu serta burung kenyalang yang menjadi ikon Sarawak.
Lebih menarik, setiap bas turut dilengkapi kod QR yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai VM2026, kalendar acara pelancongan, pakej percutian dan promosi menarik di seluruh negara hanya melalui telefon pintar.
Menurut Tiong, pelancongan domestik terus menjadi tulang belakang industri pelancongan negara dengan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti tempatan.
Statistik turut menunjukkan sektor pelancongan domestik mencatat peningkatan memberangsangkan pada 2025 apabila menerima 290.1 juta pelawat, berbanding 260.1 juta pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan pelancongan domestik juga meningkat kepada RM121 bilion.
Melalui inisiatif ini, Tourism Malaysia berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mengenali semula keunikan negara sendiri, sambil menjadikan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama menjelang kempen Visit Malaysia 2026.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

5 hours ago
3






































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)