Dunia media sosial sekali lagi ‘panas’ apabila satu kenyataan pedas daripada seorang pengguna mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet. Ayat yang berbunyi, “Yang kaya sibuk cari rumah, yang miskin sibuk cari betina. Jauh beza tu” bukan saja mengundang perhatian, malah membuka ruang kepada pelbagai reaksi dari yang setuju, sehinggalah yang membidas habis-habisan.
Isu ini mula menjadi bualan selepas ramai memuji usahawan kosmetik terkenal, Alif Syukri Kamarzaman, yang dilihat aktif melabur dalam hartanah hingga memiliki banyak rumah, namun pada masa sama mengekalkan imej setia kepada seorang isteri. Situasi itu secara tidak langsung mencetuskan naratif perbandingan gaya hidup antara golongan berada dan biasa.
Namun, tak semua warganet ‘beli’ kenyataan tersebut.
Warganet Bidas: “Realiti Tak Seindah Itu”
Dalam satu threads yang tular, ada yang berkongsi pengalaman peribadi yang bertentangan dengan kenyataan itu.
“Nope. Saya banyak lepak dengan VIP. Diorang kaya, tapi sibuk cari perempuan dan check-in. Siap minta assistant carikan. Naik geli dengar cerita…”
Komen ini mendapat sokongan daripada sebahagian pengguna lain yang mendakwa, kekayaan sebenarnya membuka lebih banyak peluang untuk berlaku curang bukan sebaliknya.
“Isteri Orang Kaya Pilih Untuk Diam?”
Ada juga pandangan yang menyentuh soal dinamika rumah tangga golongan berada.
“Mostly bini orang kaya ni diam je laki buat hal. Asalkan duit masuk dan tak kantoi… mereka protect peace sendiri.”
Kenyataan ini mencetuskan perdebatan baru — adakah kesetiaan benar-benar wujud, atau sekadar ‘persefahaman’ dalam diam?
Isu Curang & Gaya Hidup Mewah
Tidak kurang juga yang menyindir cara hidup golongan elit jika berlaku skandal.
“VVIP tak buat maksiat kat hotel bajet. Diorang simpan perempuan pun tempat high-end macam Four Seasons, Mandarin Oriental…”
Nada sinis ini jelas menggambarkan persepsi bahawa golongan kaya ‘bermain’ pada level berbeza lebih eksklusif dan sukar dihidu.
Jadi, Betul Ke Kenyataan Tu?
Hakikatnya, kenyataan “yang kaya sibuk cari rumah, yang miskin sibuk cari perempuan” mungkin terlalu umum dan tidak mencerminkan realiti semua orang. Seperti yang dikatakan ramai, soal kesetiaan, nilai diri dan gaya hidup tidak ditentukan oleh status kewangan semata-mata.
Ada yang kaya tapi setia. Ada yang sederhana tapi berprinsip. Dan ya, ada juga sebaliknya di kedua-dua belah.
Akhirnya, semuanya kembali kepada individu.

13 hours ago
5






































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)









![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)


