CelcomDigi Kembali Dengan Future Pros Bootcamp, Buka Laluan Gamer Malaysia Ke Pentas Profesional

15 hours ago 6

Impian untuk bergelar pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini semakin dekat apabila CelcomDigi Berhad mengumumkan kepulangan Future Pros Bootcamp bagi tahun ketiga. Program pembangunan bakat e-sukan ini dijalankan dengan kerjasama Selangor Red Giants (SRG) dan MOONTON Games Student Leader (MSL) Programme bagi mencari bakat baharu dari seluruh negara.

Menariknya, edisi kali ini bukan sahaja terbuka kepada pelajar sekolah, malah turut diperluaskan ke universiti dan institusi pengajian tinggi. Langkah itu memberi lebih ramai belia peluang untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum melangkah ke arena profesional.

Melalui platform Arena CelcomDigi, peserta akan menerima bimbingan daripada pemain profesional, jurulatih serta pakar industri e-sukan. Mereka bukan sahaja mempelajari strategi permainan berprestasi tinggi, malah didedahkan kepada pelbagai aspek industri seperti penghasilan kandungan digital, produksi siaran langsung dan pengurusan pasukan.

Peserta yang menyerlah berpeluang mengikuti latihan intensif sebelum seorang pemain terbaik dipilih untuk menerima kontrak profesional bersama SRG, sekali gus beraksi di pentas MLBB antarabangsa bersama antara pasukan terbaik dunia.

Dalam masa sama, CelcomDigi turut meneruskan inisiatif Healthy Gaming yang menggalakkan keseimbangan gaya hidup digital, penjagaan kesihatan mental serta amalan permainan dalam talian yang sihat.

Future Pros Bootcamp merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan CelcomDigi dalam memperkukuh ekosistem e-sukan tempatan. Dengan penglibatan syarikat dalam MLBB Professional League Malaysia (MPL MY), program ini dilihat mampu menjadi platform penting untuk melahirkan lebih ramai pemain profesional sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |