Ben Ali Akui Nyaris Pecah Rahsia Tarikh Pertunangan Saddiq & Bella,- “Saya Terlalu Teruja”

13 hours ago 7

Khabar mengenai hubungan antara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah terus menjadi bualan hangat. Ramai yang tumpang gembira, termasuk pelakon Ben Ali yang mengakui dia sebenarnya sudah mengetahui tentang perkara itu lebih awal.

Menurut Ben, sebelum ini dia sudah dimaklumkan mengenai hari pertunangan pasangan tersebut. Namun kerana menghormati mereka, dia terpaksa menyimpan rahsia itu sehinggalah berita tersebut mula diketahui umum.

Di kesempatan itu juga, Ben mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya yang merupakan rakannya.

“Di kesempatan ini saya nak ucapkan congratulations to Saddiq & Bella. No words can describe how happy I am right now. Dua-dua pun kawan saya. Saya just nak yang terbaik for them,” katanya.

Dalam masa sama, Ben turut memohon maaf sekiranya keterujaannya membuatkan dia terlebih berkongsi sesuatu.

“Sorry kalau ter-spill apa-apa. I’m genuinely excited and happy when I received the news,” tambahnya lagi.

Malah, Ben sempat bergurau bahawa mungkin selepas ini dia boleh mendaftar untuk menyertai kelab peminat pasangan tersebut yang dikenali sebagai BASS.

“Maybe saya dah boleh sign up untuk join fanclub BASS juga kot,” katanya berseloroh.

Untuk rekod, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah dilaporkan bakal bertunang dalam satu majlis eksklusif di ibu negara pada petang ini. Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan video momen romantik ketika dia melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu.

Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti turut meninggalkan ucapan tahniah dan doa buat pasangan itu. Antara yang tampil memberikan reaksi positif ialah Biduanita Negara, Siti Nurhaliza.

MURAI tengok, kalau kawan sendiri yang bahagia, memang susah nak sorok rasa gembira. Reaksi Ben jelas menunjukkan ramai yang sebenarnya mendoakan yang terbaik buat Saddiq dan Bella.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |