Atikah Suhaime Terkejut Disoal Netizen Adakah Ubat Gigi Boleh Hilangkan Karang Gigi, Ini Responnya!

13 hours ago 6

Pelakon, Atikah Suhaime tampil memberi penjelasan selepas terdapat netizen yang bertanyakan kepadanya soalan berkaitan salah sebuah produk keluaran Zaitun yang diusahakan oleh keluarga suaminya, Datuk Lokman Teh.

Atikah Suhaime menerusi hantaran di Thread mengakui rasa terkejut apabila disoal adakah ubat gigi mereka boleh menanggalkan karang gigi. Jelas Atikah, tiada ubat gigi yang mampu berbuat sedemikian, selain harus melakukan rawatan scaling (cuci gigi) pada setiap enam bulan sekali.

“Terkejut bila buat live Zaitun, orang tanya boleh ke ubat gigi tanggalkan karang gigi?. Tak ada ubat gigi dalam dunia boleh buat macam tu.

Harus buat scaling setiap 6 bulan. Habis tu, kalau you tak buat scaling, you just biarkan karang gigi kat gigi je ke? Tak berbau ke? And just harapkan ubat gigi?.”-kongsi Atikah di Thread

“Bagus Atikah, You Tak ‘Overclaim’ Produk..”

Perkongsian Atikah dibanjiri pelbagai reaksi netizen, malah ada yang turut memuji pelakon jelita ini yang tidak ‘overclaim’ produk perniagaan keluarga mentuanya  itu.

“Bagus Atikah, you tak overclaim produk, tapi betul kena buat scaling gigi untuk kesan yang maksima.”

“Exactly! Kenapa orang kite tak nak pergi dentist to remove karang gigi tu ye? 🥹 penat acik-acik nurse datang stiap sekolah bagi pendedahan semenjak tadika.”

“Sama, karang gigi saya scaling haritu baru la hilang. Punya la tebal sebab tak pernah buat. Dan tak pernah peduli sangat pasal karang. Padahal gigi gosok hari-hari. So sekarang ni perhatikan je la kot-kot  karang tu ada lagi.”

“Doktor dah ajar teknik memberus dengan betul supaya tak jadi karang.. siap ajar flossing.. dah jadi rutin cuma flossing tu paling malas sekali, kalau hari lahir mesti pergi dentist utk buat servis gigi..setahun sekali.. dentist kerajaan.. dalam Rm2…scaling.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |