Industri drama tempatan terus mencipta kejutan apabila siri iQIYI Original, Griya: Rahsia Seorang Lelaki muncul sebagai antara karya paling berjaya di platform penstriman tahun ini.
Bermula sebagai sebuah projek original yang dibangunkan dengan visi untuk menghasilkan drama premium tempatan berstandard tinggi, Griya kini mencatatkan kejayaan luar biasa apabila bukan sahaja menjadi antara drama tempatan berprestasi terbaik di iQIYI Malaysia, malah turut menduduki tangga pertama Netflix Malaysia.
Lebih membanggakan, siri berkenaan berjaya kekal dalam kelompok lima rancangan TV teratas Netflix Malaysia selama enam minggu berturut-turut, sekali gus membuktikan bahawa karya tempatan mampu menambat hati penonton merentasi pelbagai platform.
Menurut Pengarah Urusan Kanan iQIYI Asia Tenggara, Dinesh Ratnam, kejayaan yang diraih Griya menjadi bukti bahawa cerita tempatan mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih jauh apabila diberikan sokongan yang sewajarnya.
“Keberhasilan Griya membuktikan bahawa karya tempatan mampu melangkah lebih jauh apabila digerakkan oleh visi kreatif yang berani dan disokong oleh pelaburan yang strategik.
“Meskipun penonton mengenali siri ini menerusi pelbagai platform, segalanya bermula dengan satu kepercayaan bahawa cerita Malaysia layak dipersembahkan dengan kualiti produksi dan standard penceritaan bertaraf dunia,” katanya.
Tambah beliau, sambutan luar biasa daripada penonton menunjukkan bahawa harta intelek (IP) tempatan mampu bersaing dalam landskap penstriman yang semakin kompetitif.
“Kami amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh para penonton. Prestasi Griya membuktikan bahawa IP tempatan mampu bersaing dalam arena penstriman yang semakin kompetitif, sekali gus mencipta nilai bukan sahaja kepada platform, malah kepada para pengkarya, penerbit dan industri hiburan secara keseluruhannya,” ujarnya.
Kejayaan Griya juga dilihat sebagai satu pencapaian penting buat industri kreatif Malaysia. Siri tersebut menerima pujian meluas kerana tampil dengan gabungan elemen suspens psikologi, misteri dan konflik emosi yang jarang diketengahkan dalam drama Melayu arus perdana.
Plot yang penuh teka-teki, perkembangan watak yang mendalam serta pelbagai kejutan yang tidak dijangka berjaya membuatkan penonton terus mengikuti setiap episod sehingga mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Sementara itu, Ketua Original Tempatan iQIYI International Malaysia, Zebedee De Costa berkata, Griya dibangunkan dengan tujuan meneroka genre yang masih kurang diberikan perhatian dalam pasaran tempatan.
Menurutnya, kejayaan siri tersebut membuktikan penonton Malaysia kini semakin terbuka untuk menerima kandungan yang segar dan berbeza daripada formula drama konvensional.
Melihat kepada pencapaian memberangsangkan itu, iQIYI Malaysia berhasrat untuk terus melabur dalam pembangunan karya original tempatan berkualiti tinggi serta bekerjasama dengan lebih ramai pengkarya dan syarikat produksi tempatan.
Kejayaan Griya: Rahsia Seorang Lelaki bukan sahaja menjadi kemenangan buat iQIYI, malah membuka lembaran baharu kepada industri kandungan Malaysia bahawa kisah tempatan yang digarap dengan baik mampu berdiri sebaris dengan karya antarabangsa dan mendapat perhatian penonton di peringkat lebih luas.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

5 hours ago
4







































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










