Penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mencetuskan rasa bimbang para peminat selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Andi atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile menerusi video yang dimuatnaik di Thread dan Instagram, memaparkan Andi yang menyanyikan salah sebuah lagu daripada album baharunya yang bakal dirilis.
“Macam Mana Boleh kurus Macam Ni…”
Walaubagaimanapun, lain pulak reaksi peminat di ruangan komen, yang meluahkan rasa bimbang melihat penampilan Andi yang sangat kurus sehingga wajahnya kelihatan agak cengkung.
“Andiii😭😭 Kenapa kurus sangat😭 Moga sihat sihat selalu, Andiii🥺🌸.”
“Hampir tak cam, macam mana boleh kurus macam ni. Apa pun suara maintain.”
“Alamak Andi, dulu berisi lagi hensem, sekarang macam sakit, you sakit ke?.”
“Andi jangan kurus sangat, better lagi yang dulu. Kalau sebab sakit. Semoga cepat-cepat diberi kesembuhan dan dapat berat badan ideal.”
“Are you ok? Whatever you’re going through, stay strong. Everyone loves you. We all love you. There are so many people who cares about you. Allah ada. Take care Andi.”
Andi Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Andi dilihat memberi respon terhadap komen salah seorang netizen yang menyifatkan keadaan yang sangat kurus seperti penagih dengan menjelaskan bahawa dia didiagnos penyakit hyperthyroid dan masih mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
“Aku didiagnos graves disease hyperthyroid. Masih ulang alik hospital sampai hari ini, makan ubat,
Jangan gitu laa, video ni shoot last year. Tak tahu pun ada penyakit tu.”-jelas Andi Bernadee kepada netizen

Untuk info, Andi sebelum ini pernah berkongsi keadaannya yang mendapatkan rawatan di hospital disebabkan hyperthyroidism. Masalah hyperthyroidism yang dihidapi adalah disebabkan hormon yang menyerang kelenjar tiroid sehingga lehernya menjadi bengkak dan ulser. Malah, dia turut mempunyai kesukaran untuk menelan air liur selain mempunyai cara yang tersendiri untuk makan.
Dalam pada itu, Andi menyatakan bahawa dia harus mengambil beberapa jenis ubat seperti steroid, painkiller, antibiotik, ubat kebas, hormon agar kesihatannya kembali baik.

15 hours ago
10





![[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/f22ad084-7c1e-4f48-9d5a-5875d5755914.webp)








![[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-1.webp)





















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)











![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
