Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka pada Selasa.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam menerusi hantaran di Thread turut mengimbas kembali momennya yang mendapat 7A 2B ketika bergelar calon SPM 2017 ini turut menitipkan pesanan buat anak muda agar terus fokus apa yang mahu dilakukan di masa akan datang.
“Tahniah batch SPM 2025, sangat bangga dengan kamu semua, MasyaAllah teruskan meroket dan jalan terus dengan apa results yang you guys dapat.
Sedikit perkongsian SPM 2017 batch Aisha beberapa tahun lepas, untuk benar-benar mendapat 7A 2B walaupun mendapat straight A ketika Percubaan SPM, merumuskan bahawa segala-galanya boleh sahaja jika kita jalan terus dan fokus untuk apa mahu lakukan dan seterusnya di masa depan!.
Saya ambil Sains & Akaun dan akhirnya menjadi penyanyi dan penulis lagu? Semestinya tidak melihat ia berlaku, usaha selalu guys!.”-kongsi Aisha Retno

“Aisha Tak Kosong Ye..”

Perkongsian Aisha dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan keputusan cemerlang Aisha, malah ada yang berpendapat penyanyi Jodoh Lebaran ini sememangnya ‘beauty with brain and talent’.
“Betul tu, saya dulu 5A SPM untuk science stream. Kini saya bekerja sebagai software engineer, sangat jauh ye berlari tu. Percaya kebolehan anda. Keep on diggin our industries, there must be rezeki untuk kamu.”
“Aisha tak kosong ye, multi-talented serba serbi ya, nyanyi merdu, lincah menari dan intelek cerdas. Pengaruh baik untuk anak-anak muda.”
“Rindunya nak tulis karangan panjang berjela now dah berkarat 😂.”
“Yang nama Ecah ni memang pandai-pandai eh macam saya 🤭.”
Sekadar info, seramai 13,779 pelajar berjaya memperolehi keputusan semua A untuk peperiksaan SPM tahun 2025, pada Selasa .
Secara keseluruhannya pencapaian calon SPM tahun 2025 merekodkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 4.42, sekaligus menjadi pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun
Bukan itu sahaja, calon SPM 2025 merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

14 hours ago
8















![[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Feature-Image-2000-Px-PHIC-35.webp)




















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)












