Peminat drama aksi dan jenayah Korea boleh mula bersedia letak reminder dalam phone masing-masing apabila Flex X Cop Season 2 bakal menemui penonton di Disney+ bermula 7 Ogos ini.
Musim pertama sebelum ini memperkenalkan Jin Isoo, seorang anak orang kaya yang hidup serba mewah dan sering menggunakan pengaruh keluarganya untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Namun, kehidupannya berubah apabila dia mula membantu pihak polis menyelesaikan pelbagai kes jenayah. Pengalaman itu akhirnya membuka jalan kepada Isoo untuk meninggalkan kehidupan lamanya dan menjadi anggota polis sebenar.
Isoo bukan lagi “polis suka-suka”
Dalam musim kedua, Isoo bukan lagi “polis suka-suka”. Selepas mengharungi latihan yang cukup mencabar di akademi polis, dia kini kembali sebagai pegawai polis sepenuh masa dengan semangat baharu untuk membanteras jenayah. Namun, tugas pertamanya tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila dia mendapati bekas jurulatihnya yang terkenal dengan disiplin ketat, Joo Hyera, kini dilantik sebagai ketua baharu pasukan jenayah ganas. Lebih mencabar, mereka berdua kini perlu bekerjasama sebagai rakan sepasukan walaupun sering mempunyai pandangan dan cara kerja yang berbeza.
Sepanjang musim baharu ini, penonton bakal disajikan dengan pelbagai kes berbahaya melibatkan pengganas, pembunuh upahan serta misteri yang sukar dirungkai. Gabungan aksi mendebarkan, penyiasatan penuh debaran dan elemen komedi yang menjadi kekuatan musim pertama dijangka kembali menghiburkan penonton.
Drama ini masih dibintangi Ahn Bo Hyun sebagai Jin Isoo, manakala Jung Eun Chae menyertai barisan pelakon sebagai Joo Hyera. Penulis Kim Bada dan pengarah Kim Jae Hong yang menjayakan musim pertama turut kembali mengendalikan sambungan drama ini.
Bagi yang belum menonton musim pertama, inilah masa terbaik untuk mengejarnya sebelum Flex X Cop Season 2 mula distrim di Disney+ pada 7 Ogos nanti. Dengan jalan cerita yang lebih mencabar dan hubungan dua watak utamanya yang dijangka mencetuskan pelbagai konflik, musim kedua ini pastinya antara drama Korea yang tidak patut dilepaskan.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

15 hours ago
6



































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)














