Kalau bercakap soal Cristiano Ronaldo, nampaknya usia masih belum cukup untuk menghentikan pengaruhnya bersama Portugal.
Legenda Portugal, Maniche percaya Ronaldo masih belum ada pengganti yang benar-benar setanding dengannya dan wajar kekal berada dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia 2026.
Walaupun bakal berusia 41 tahun ketika kejohanan itu berlangsung di Amerika Utara, bintang Al-Nassr tersebut masih menunjukkan sentuhan penyudah yang tajam, sama ada di peringkat kelab mahupun bersama Portugal.
Legenda Portugal, Maniche VIA WikipediaBagi Maniche, pemilihan Ronaldo bukan kerana statusnya sebagai legenda bola sepak semata-mata, tetapi berdasarkan apa yang masih mampu ditawarkannya di atas padang.
“Saya tidak nampak penyerang lain yang lebih baik daripadanya,” katanya kepada Flashscore.
Bekas pemain tengah Portugal itu turut mengakui negaranya mempunyai ramai pemain berbakat dari segi teknikal, namun masih belum menemui penyerang yang cukup klinikal dan konsisten seperti Ronaldo.
Selain keupayaan menjaringkan gol, Maniche menyifatkan Ronaldo sebagai pemain unik yang mampu membuka ruang dan mencipta peluang untuk rakan sepasukan, sekali gus menjadikannya aset penting dalam sistem kendalian Roberto Martinez.
Tahap kecergasan luar biasa
Tahap kecergasan luar biasa serta disiplin profesional yang diamalkan Ronaldo juga dianggap antara faktor utama yang membolehkannya terus bersaing di peringkat tertinggi walaupun berada di penghujung karier.
Ramai yang mempersoalkan sama ada Ronaldo masih relevan untuk Portugal pada usia 41 tahun nanti. Tetapi selagi dia masih menjaringkan gol dan belum ada penyerang yang benar-benar mampu mengambil alih peranannya, sukar untuk Roberto Martinez mengetepikan nama sebesar Cristiano Ronaldo. Dalam bola sepak, prestasi sentiasa mengatasi usia dan setakat ini, Ronaldo masih membuktikannya.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

5 hours ago
3





![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)












![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











