Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…”

2 hours ago 3

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi respon terhadap komen-komen netizen berhubung susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam.

Persoal Peranan Aslam Sebagai Lelaki

Abby Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Thread, menjelaskan bahawa dia dari awalnya tidak menyalahkan kedua-dua pihak, namun persoalkan tindakan Aslam sebagai lelaki yang seharusnya memainkan peranan penting untuk urusan dokumentasi perkahwinannya bersama Marissa.

“Dari awal saya memang salahkan dua-dua, bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Ni sekarang ni saya ulas apa yang berlaku hari ini. Sebagai lelaki, Aslam la kena main peranan .

Bertahun dah Marissa tu kena maki hamun, untuk urusan dokumentasi semua, function la sikit pihak lelaki. Pastu lafaz cerai  tu semua kan dari lelaki.

Buat main anak orang tu macam kurang ajar sangat tu. Marissa bukan anak yatim piatu. Masih ada maknya yang hidup segar bugar lagi ni.”-tulis Abby di Thread

“Dah Sampai Kena Talak Berkali-Kali Ni…”

Dalam pada itu, Abby turut mempertahankan tindakannya yang bersuara terhadap isu rumah tangga Marissa atas sebab tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada anaknya, malah dia turut kesal melihat Marissa yang dihina dan dicaci orang ramai selama dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Aslam.

“Diam je Abby, biarkan, dia yang gitu gini, dia yang pilih, dia yang.. Ehh dia tu siapa? Yang dimaksudkan Marissa kan? Marissa tu anak saya! Bukan batang kayu! 2 tahun dah saya biarkan dia dicaci maki, dihamun sesuka hati sebab kelemahan dia sendiri.

Dah sampai kena talak berkali-kali ni, tak boleh ke saya bersuara? Tu anak saya tu, mamanya hidup lagi ni. Anak tu baru 20 tahun. Dari kecik saya jaga, makan pakai, tempat tinggal elok sempurna. Dah besar kau buat main je anak aku! Kurang ajar sangat tu! Mencabar sangat ni.”-tegas Abby lagi

Sekadar info, Marissa Dania bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

The post Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…” appeared first on Murai MY.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |