Wany Hasrita Akui Rindu Tak Pernah Habis, Doa Tinggal Sebumbung Dengan Suami Jadi Harapan

17 hours ago 7

Hampir empat tahun menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh bersama suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita mengakui bukan mudah untuk menahan rindu yang datang tanpa diundang namun kini dia lebih cekal dan matang dalam menghadapinya. Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia belajar untuk memujuk hati dan bersyukur dengan setiap ketentuan yang telah ditulis oleh Tuhan walaupun hakikatnya berjauhan dengan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah.

Dia percaya segala yang berlaku adalah ujian dan dalam setiap cabaran pasti ada hikmah tersembunyi. Bagi pelantun lagu Cinta Khayalan itu, hubungan jarak jauh bukan alasan untuk memutuskan rasa kasih sebaliknya ia mengajar tentang erti pengorbanan dan menghargai masa yang ada bersama keluarga. Setiap kali ada ruang dan masa dia akan pulang ke Sarawak bersama anaknya Aishah Al Iman untuk bertemu suami tercinta Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di negeri tersebut.

Bagi Wany, tidak perlu aktiviti besar untuk mencipta kebahagiaan kerana cukup sekadar berjalan santai di kawasan rumah yang luas dan meluangkan masa bersama suami dan anak seperti aktiviti grounding yang menjadi waktu tenang buat mereka sekeluarga. Meskipun kelihatan tabah di mata umum dia tidak menafikan jauh di sudut hati tersimpan harapan besar agar satu hari nanti mereka dapat tinggal bersama sebagai satu keluarga lengkap.

Wany sentiasa berdoa agar Allah membuka jalan dan memberi rezeki serta ruang untuk mereka hidup sebumbung seperti keluarga lain. Dia percaya masa yang tepat pasti akan tiba dan segalanya akan berlaku dengan izin Yang Maha Mengetahui. Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan kini dikurniakan cahaya mata sulung yang hampir mencecah usia dua tahun.

Dalam perkembangan kerjaya, Wany tampil dengan single terbaharu berjudul Jahat yang menjadi lagu tema drama bersiri Pabila Dia Tersenyum dan mula ditayangkan di platform Viu sejak 24 April lalu. Lagu ini juga merupakan kolaborasi pertamanya bersama komposer popular Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast di bawah terbitan Sony Music Malaysia menjadikan kemunculan semulanya kali ini lebih bermakna dan penuh warna.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |