[VIDEO] Zizan Razak Beri Semua ‘Payment’ Kepada UAI, Buatkan Netizen Terharu!-“Baik Sungguh Dia”

11 hours ago 5

Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Zizan Razak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebut saja nama Zizan Razak pasti ramai yang mengenali beliau, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Populariti Zizan Razak meningkat selepas beliau memasuki pertandingan Rajalawak dahulu. Kemudian beliau terlibat dengan pengacaraan dan seterusnya melebarkan sayapnya di dalam Filem tempatan. Zizan Razak kini bahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta terutamanya ibunya, bagi Zizan Razak membahagiakan orang tersayang adalah perkara yang tidak terhitung nilainya.

“Yang Lagi Mahal Dari Payment Tu Adalah Doa Dari Seorang Ulama”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mek_ainalieya yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 485 ribu, tanda suka sebanyak 42 ribu dan sebanyak 280 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Zizan yang memberi kesemua bayarannya kerana menghadiri majlis tersebut kepada Ustaz Azhar Idrus untuk beliau membantu golongan yang kurang kemampuan di dalam persatuannya itu.

@mek_ainalieya

Alhamdulillah semoga Allah murahkan lagi rezeki buat Zizan & rezeki jodoh 🤲🏻#ustazazharidrus #zizanrazak #fyp

♬ original sound – Aniniza88 – 𝓐𝓷𝓲𝓮𝔃𝓪 ♡♥︎

Rata-rata netizen terharu melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Zizan sanggup memberi bayaran tersebut untuk digunakan di jalan agama Allah.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yanng melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |