Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
“Dia Macam Gabungan Fatima Dan Fazura Muka Adik Fattah Amin Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ardanihumayra yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 507 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 273 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fattah Amin yang membaca komen netizen yang mengatakan wajah adik perempuannya itu persis Fatima.
@ardanihumayraKita pon dah lama perasan macam Fatima la Anje nii🥰🥰 @FattahAmin #fattah #fattahamin #fattahaminz #fattmira #fattahaminlive #tudungazizah #fypmalaysia
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gelagat Fattah Amin memuji adiknya itu kelihatan sangat comel.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.