[VIDEO] Fazura Lakon Semula Babak Sitkom ‘Friends’, Peminat Luah Rasa Rindu!-“Muka Memainkan Peranan Ya…”

1 day ago 11

Perkongsian pelakon, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Fazura menerusi video yang dimuatnaik turut memaparkan dirinya bersama rakan-rakan melakonkan semula babak aktor Jennifer Aniston dan Mat LeeBlanc yang memegang watak sebagai Rachel Green dan Joey Tribbiani menerusi sitkom televisyen terkenal dari Amerika Syarikat berjudul Friends.

“we don’t spill teas, we pour the whole pot if necessary. 🫖.”-kapsyen Fazura di TikTok

@fazuraofficial

we don’t spill teas, we pour the whole pot if necessary. 🫖 #trend #fun #roadtrip #life #vision #dreams #mindingours #friends #present #future #nature #work #play #peace @Hana Halim @enny_wan

♬ original sound – Betches

“Muka Masing-Masing Memang Menjadi Eh..”

Perkongsian Fazura dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya memuji pelakon ini yang sangat menghayati watak yang dilakonkan, malah ramai yang meluahkan rasa rindu untuk melihat Fazura kembali untuk beraksi di kaca televisyen.

“Faz betul-betul menghayati watak! Tengokla body language dia. Patut la best berlakon.”

“So bila nak ceritanya, penat tunggu ni 😁.”

“Paling suka lihat artis kak Fazura, dia artis Malaysia yang paling cantik nombor 1, salam dari Medan.”

“Muka memainkan peranan ya. Geram betul 🤣🤣.”

“Weh jadi jadi hahaha, combo yang perfect!.”

“Woww hebatt, tak lari masing-masing miming mulut 😂.”

“Hahaha Fazura paling in character.”

“Muka masing-masing memang menjadi ek 😂😂.”

“Sebab ni kita suka tengok Faz berlakon, so cute.”

“Alaa apa ceritanyaa 😍😍.”

Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |