Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
“Bukan Sebab Daddy Sibuk Atau Busy Tapi Bila Besar Fatima Akan Faham Keadaan Sekarang”-Fattah Amin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mimpi_syakila yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak236 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 459 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fattah Amin yang diminta memberi ucapan oleh Janna Nick untuk Fatima apabila suatu hari nanti dia melihat video tersebut.
@mimpi_syakillaDari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin
♬ original sound – Syakila Dream – Syakila Dream
Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan ucapan yang diberikan oleh Fattah Amon itu tampak sangat ikhlas.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.