Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Bersenam Tak Boleh, Bengkung Pun Tidak Dibenarkan Pakai”-Tokti
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 28 ribu, tanda suka sebanyak 343 dan sebanyak 50 perkongsian.
Di dalam video tersebut memaparkan sempena dengan hari ibu, Tokti menceritakan apa yang berlaku kepadanya semasa melahirkan anaknya yang pertama iaitu Siti Afiyah. Tokti memberitahu bahawa beliau mnegalami pendarahan yang teruk terutamanya di dalam rahimnya selepas melahirkan anak sulungnya itu.
@rosmadiothmanSemasa melahirkan Siti Aafiyah pendarahan yang banyak… #foryoupage #masukberandafyp #fyp #foryou #trending #sitinurhaliza #viral #fyppppppppppppppppppppppp
♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman
Rata-rata netizen terharu melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa pengorbanan seorang ibu di dunia ini sangatlah besar untuk melahirkan zuriat.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.