[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”

14 hours ago 11

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, baru-baru ini.

 Shuib menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat rakan baiknya, Mamat Sepah buat pertama kalinya turut menyertai Shuib menziarahi pusara arwah.

Malah, Shuib turut menceritakan bahawa Mamat turut menjadi salah satu asbab dia dan arwah menjadi pasangan suami isteri kerana Mamat pernah memberikan nombor telefon arwah kepadanya suatu ketika dahulu.

“Hari ni sampai kat kubur Sarah, salah satu asbab aku jumpa, kawan, dan kahwin dengan Sarah adalah engkau (Mamat). 

Sebab engkau yang bagi nombor telefon Sarah kat aku.”-kata Shuib di Instagram

“Bersahabat Hingga Ke Syurga..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat persahabatan Shuib bersama rakannya itu, malah ramai yang mendoakan agar roh arwah sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman.

“Al fatihah moga Almarhumah Siti Sarah di tempatkan di sisi org beriman dan di syurga Aamiin😢🙌.”

“Pedih bang lalu benda mcm gini.. Mari la bidadari syurga pon ganti, takkan hilang pedih tu.. 😔.”

“Saya menangis tau dan sedih yang amat masa arwah Sarah meninggal dunia. Real tak tipu.”

“Semoga Allah merahmati arwah, muliakanlah kematiannya serta lapangkanlah kuburnya. Sesungguhnya kehidupan di sana adalah kehidupan yg kekal abadi. Semoga beliau ditempatkan dlm kalangan hamba-Nya yg bertaqwa. Aamiin 🤲🏻.”

“Bersahabat hingga ke Syurga. Al fatihah buat Almarhumah Siti Sarah binti Raisuddin.”

“MashaAllah moga persahabatan kalian hingga ke jannah.”

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah pada 2011. Pasangan ini turut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais, Thalita, Matin, dan Ayash.

Namun, Siti Sarah telah meninggal dunia disebabkan jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah atau lebih dikenali sebagai Watie Hanifiah pada Jun 2023. Watie pernah mengalami keguguran cahaya mata pertamanya bersama Shuib pada 11 Mei 2025. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Akira Juwita Zahra

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

2

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |