Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat?
Persoalan itu kembali menjadi perhatian di Threads selepas seorang netizen menyenaraikan tiga artis yang didakwa tidak mempunyai suara yang merdu.
Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian pelakon, pengacara dan penyanyi, Sarimah Ibrahim yang tampil memberikan pandangan mengenai kepelbagaian bakat dalam kalangan penghibur.
Sarimah Ibrahim Pesan Setiap Penyanyi Ada Kategori Masing-Masing
Menurut Sarimah, setiap penyanyi mempunyai kategori dan keunikan tersendiri. Tidak semua artis perlu dibandingkan berdasarkan kemampuan vokal semata-mata.
“Hmmm. Setiap penyanyi ada kategori masing-masing. Kita ada Mariah Carey, Britney Spears, Taylor Swift dan Celine Dion versi Malaysia juga. Kan menarik?” katanya.
Sarimah kemudian mengajak orang ramai untuk meraikan kepelbagaian yang ada dalam industri hiburan tempatan.
Bagi beliau, kekuatan seseorang penghibur bukan hanya terletak pada suara, tetapi juga bagaimana mereka menggunakan bakat dan personaliti untuk menghiburkan penonton.
Artis Malaysia Ramai Yang Multitalented
Lebih menarik, Sarimah turut menyentuh mengenai kelebihan penghibur Malaysia yang menurutnya mempunyai pelbagai kemahiran.
“Lebih baik lagi, penghibur Malaysia boleh berlakon, menjadi pengacara, menari dan turut terlibat dalam teater,” jelasnya.
Beliau menyifatkan rakyat Malaysia sebagai kelompok yang mempunyai bakat pelbagai dan wajar dibanggakan.
“Kita di Malaysia ini memang multi-talented bunch yang hebat,” katanya.
Sarimah juga berpandangan bahawa tahap kepelbagaian bakat seperti ini mungkin tidak semestinya mudah ditemui di negara lain.
Tak Perlu Banding, Raikan Kepelbagaian
VIA ThreadsKalau difikirkan semula, memang setiap artis ada ‘selling point’ masing-masing. Ada yang kuat vokal, ada yang lebih menyerlah ketika berlakon, ada yang hebat di pentas teater dan ada pula yang cukup natural ketika mengendalikan acara.
Jadi, mungkin sudah tiba masanya kita melihat bakat artis secara lebih luas dan bukan sekadar meletakkan ukuran berdasarkan suara semata-mata.
Apa yang penting, industri hiburan Malaysia sebenarnya mempunyai ramai penghibur dengan kebolehan yang berbeza-beza.
Dan seperti kata Sarimah, bukankah lebih menarik kalau kita meraikan kepelbagaian itu?
Bakat berbeza, tetapi semuanya ada tempatnya.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
4

![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)


![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)














![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)











![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)










![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







