[VIDEO] “Saya Shah Rukh”- Peminat Kecewa Apabila Wartawan Tak Kenal SRK Di Met Gala 2025

1 day ago 10

Shah Rukh Khan (SRK) telah mencipta sejarah di Met Gala 2025 apabila beliau menjadi pelakon lelaki India pertama yang menghiasi karpet merah acara tersebut.

Selain daripada penampilannya yang glamor itu, SRK berdepan dengan situasi kekok apabila beliau terpaksa memperkenalkan dirinya kepada media antarabangsa. Insiden yang dirakam itu secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat seluruh dunia.

Foto – X / Threads

Dalam video yang dikongsi di platform X, SRK dilihat menghampiri seorang wartawan di karpet merah Met Gala 2025, hanya untuk wartawan itu memintanya memperkenalkan diri.

Berdasarkan reaksi wajah, SRK yang kelihatan terkejut itu mula memperkenalkan dirinya dengan menjawab, “Hai, saya Shah Rukh”, sebelum berkongsi pendapatnya tentang Met Gala.

Video tersebut mencuri perhatian ramai apabila ada peminat yang tidak percaya ada pihak yang tidak mengenali siapa SRK.

“Ini 2025. Jika anda membuat liputan Met Gala, anda seharusnya tahu siapa Shah Rukh Khan”, tulis seorang peminat di X.

“Harap-harap mereka pulang ke rumah dan Google, dan melihat betapa popularnya di sebenarnya”, tulis seorang peminat di Reddit.

Peminatnya menegaskan bahawa legasi sinematik SRK yang menjangkau lebih 30 tahun dan mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia itu sepatutnya menjadikan dia lebih terkenal di acara berprestij itu.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |