Yang Hormat Kanjeng Mas Ayu Swarakaloka Dato’ Sri Sri Rossa Roslaina Handiyani, atau yang biasa dipanggil Rossa atau Teteh Ocha di Indonesia, dan Dato’ Sri Rossa di Malaysia ialah Diva Indonesia terlaris sepanjang zaman berdasarkan jualan album dan lagu hitnya.
SM Entertainment, Anugerah Planet Muzik, Asia Pop 40 & Media-Media Indonesia menggelar Rossa sebagai “Ratu Pop Indonesia (Queen of Pop Indonesia). Dia adalah penyanyi, ahli perniagaan, pelakon, penerbit rakaman, penerbit eksekutif filem, pengarah klip video, hakim pertandingan muzik dan penyampai Indonesia.
Sebagai seorang diva Indonesia, Rossa telah menghasilkan banyak lagu hit dan menerima Anugerah Multi-Platinum kepada Anugerah Juta untuk albumnya. Malah hingga ke populariti lagu Rossa, dia pernah dibayar RM43 ribu untuk menyanyikan salah satu lagunya berjudul “Sakura” dan RM60 ribu untuk menyanyikan salah satu lagunya berjudul “Ayat-Ayat Cinta”. Beliau juga merupakan artis Indonesia termahal di Malaysia & Singapura dan antara yang termahal di Indonesia.
“Kalau Fajar Ada Di Konsert Teh Ocha, Pasti Ramai Hadir”-Netizen!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @zona.fajarnoor yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 61 ribu, tanda suka sebanyak 3,686 dan sebanyak 54 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Rossa yang membuat live tiktok bersama Ernie Zakri dan Fajar Indonesian Idol. Di dalam live tersebut, Rossa memberitahu bahawa Fajar tidak kesampaian untuk membawa lagu Ernie Zakri ketika bertanding di dalam Indonesian Idol. Tambah Rossa lagi, mana tahu jika nanti konsertnya di Malaysia Fajar berpeluang berduet menyanyi bersama Ernie Zakri.
@zona.fajarnoorMembalas @Luaya Part 2 || Keseruan Live Teh Ocha bersama Fajar Noor dan Ernie Zakri✨ #fajarnoor #fajaridol #rossa #erniezakri #fyp #foryou
♬ suara asli – Zona Fajar Noor – Zona Fajar Noor
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika Rossa membawa Fajar ke konsertnya di Malaysia nanti itu adalah keputusan yang sangat baik kerana peminat Fajar juga semakin ramai di Malaysia.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.