[VIDEO] PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Semakin Selesa Tayang Dosa!

1 day ago 8

Tindakan pelakon terkenal dari Indonesia, Jefri Nichol yang dilihat mencium Ameera Khan, adik kepada selebriti popular Neelofa, telah mencetuskan kontroversi hangat di media sosial. Klip video yang tular itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen, terutamanya apabila melibatkan dua figura yang sering menjadi perhatian umum.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah teguran terbuka daripada pendakwah bebas, PU Syed, menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam satu hantaran terbaru, beliau memuat naik tangkap layar video aksi mesra pasangan itu dengan kapsyen lantang,

“Sepatutnya letak tajuk PASANGAN INI SEMAKIN SELESA TAYANG DOSA!!”

Teguran tersebut jelas menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan beliau terhadap sikap sesetengah golongan muda yang semakin berani mempamerkan kemesraan secara terbuka tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat dan batasan agama. Tambah lagi dengan ikatan yang tidak sah, boleh memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam.

“Mak die pun backup je ustaz. Susahlah nak ditegur”

Seperti biasa, ruangan komen hantaran PU Syed dihujani pelbagai reaksi. Ada yang menyokong teguran tersebut dan menyifatkannya sebagai satu peringatan yang wajar. Ramai juga yang sudah muak dengan kemesraan pasangan itu kerana sudah ditegur banyak kali. Ada juga yang mengaitkan tindakan mereka memalukan keluarga yang terkenal dengan latar belakang keluarga kehormat. Tambahan lagi, dengan personaliti kakak kandung Ameera iaitu Neelofa, merupakan pempengaruh islamik bersama suaminya PU Riz.

“Harap kakaknya, abang² iparnya dan mak ayahnya boleh nasihat. Sampai netizen pun terpaksa penat menaip”

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa isu tayang kemesraan secara terbuka dalam kalangan artis muda sering menjadi perhatian dan mencetuskan perdebatan. Dalam era media sosial ini, setiap gerak-geri selebriti mudah dirakam dan disebarkan, sekali gus memberi kesan kepada persepsi umum terutamanya golongan remaja yang menjadikan mereka sebagai idola.

Perlu Jaga Tanggungjawab Sosial & Imej Selebriti

Selebriti mempunyai pengaruh besar dalam membentuk budaya dan norma dalam masyarakat. Oleh itu, ramai berpendapat bahawa mereka harus lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku yang dipaparkan kepada umum, sama ada di hadapan kamera mahupun di media sosial.

Walaupun ramai menghormati hak peribadi individu, PU Syed tetap menekankan bahawa sebagai umat Islam, kita tidak boleh mengambil ringan soal dosa dan pahala, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka yang boleh membawa kepada normalisasi perlakuan yang bertentangan dengan nilai Islam.

Isu ini bukan sekadar gosip selebriti, tetapi menjadi refleksi kepada cabaran sosial dan moral dalam dunia hiburan hari ini. Teguran PU Syed mungkin keras, tetapi ia membuka ruang kepada perbincangan yang lebih luas tentang tanggungjawab sosial, sensitiviti agama, dan peranan media dalam membentuk norma masyarakat.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |