Beberapa hari lalu, tular satu video dimuat naik oleh DMA Islam di Instagram yang berjaya “panaskan” warga seni dan pelajar jurusan Komunikasi Massa (Masscom). Dalam video tu, DMA dilihat memperlekehkan pelajar yang ambil kos Masscom, dan turut menyindir bidang tarian serta teater seolah-olah tidak memberi sumbangan besar kepada masyarakat.
Kenyataan itu ternyata mengundang reaksi keras dari ramai pihak. Ruangan komen dibanjiri kritikan, bukan sahaja dari orang awam, tapi juga dari nama-nama besar dalam dunia hiburan dan seni tanah air. Ramai artis dan penggiat seni tampil memberi respon. Ada yang kecewa, ada yang marah, dan ada juga yang menyindir balik kenyataan DMA secara terbuka.
Seni Bukan Sekadar Hiburan
Ramai yang menegaskan bahawa seni bukan sekadar hiburan kosong. Teater, tarian, dan komunikasi massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej masyarakat, mendidik orang ramai malah membantu membina identiti budaya sesebuah negara.
“Jangan pandang rendah seni. Ramai orang berjaya hari ini hasil dari Masscom, PR, produksi, dan seni persembahan,”
“Alhamdulillah dengan diploma muzik, degree pendidikan muzik dapat jadi seorang guru di sekolah kerajaan. Tak perlu nak buat video yang terang-terang tak cerdik.”
“You’d be surprised yang sebenarnya orang seni yang ada diploma/degree/dalam industry are actually smart people.”
“If course ni x wujud, budaya seni Malaysia xkan berkembang jauh.”
“DMA, from your video, you sound really uneducated and honestly, I kesian kat you. “
“Teater dan tarian adalah satu budaya yg perlu dijaga. Kata sayangkan bangsa dan agama sejauh manakah kita kearah itu?”
“Setiap manusia ada kelebihan masing masing… mungkin encik ada kelebihan membodohkan manusia lain”
“Kalau semua orang nak jadi doktor, peguam, jurutera, siapa yang nak buat kerja lain? Siapa nak jaga seni dan budaya, siapa nak entertain korang, siapa nak kekalkan identiti negara? “
Tapi… Ada Juga Yang Setuju?
Walaupun ramai yang membidas DMA, masih ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pandangannya. Ada yang menganggap DMA hanya bercakap “jujur” dan meludahkan fakta. Dia juga menyuarakan pendapat yang jarang orang berani sebut secara terbuka. Mereka berpendapat bidang seni tidak seharusnya dijadikan keutamaan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.
“Bro meludahkan fakta”
“Bro memasak fakta”
“Aku bukan apa tp dia ni kadang make sense..”
“Benda ni aku sokonglah”
“Ramai yg tak puas hati dengan Fakta”
“Kebenaran pahit, pahit ditelan, pahit diluah. Cuba fikir betul ke salah, kalau dia cakap salah, buktikan dia salah.”
“Setuju.. kasi buka sikit reality hidup”
“Ada betul jugak apa dia cakap.. Sebab apa, kebanyakan IPT skrg ni baik swasta atau kerajaan lebih kpd nak meniaga course bukan nak lahirkan generasi bijak pandai,”
“Betul la apa dia cakap, pergi tengok reality kos2 tersebut, apa jadi dgn dorang, beban hutang then kerja xdpt apa yg dia struggle smpi degree”
“Pahit utk ditelan tetapi itulah kenyataan”
Namun begitu, majoriti tetap berpendapat bahawa kenyataan tersebut agak keterlaluan dan tidak sensitif, terutama bila melibatkan usaha serta perjuangan golongan yang selama ini banyak menyumbang kepada pembangunan media, budaya dan hiburan tempatan.
Hormati Pilihan Orang
Apa pun pendapat masing-masing, satu perkara yang kita semua boleh setuju, minat dan kerjaya seseorang tak seharusnya diperlekehkan. Setiap orang ada jalan hidup berbeza. Ada yang cemerlang dalam seni, ada yang dalam sains, ada juga dalam teknikal. Semua bidang ada sumbangan dan nilainya tersendiri.
Mungkin lepas ni kita semua boleh lebih berhati-hati bila memberi pandangan, lebih-lebih lagi dalam ruang awam seperti media sosial. Berbeza pendapat tu biasa, tapi biarlah disampaikan dengan adab dan hormat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.