[VIDEO] Momen Bakal Suami Luna Maya Bersiram Jadi Bualan, Peminat Marah Bila Ada Yang Ungkit Kisah Lama

1 day ago 9

Luna Maya akan berkahwin dengan tunangnya, Maxime Bouttier, di sebuah resort mewah bernama COMO Shambhala Estate yang terletak di Banjar Begawan, Desa Melinggih Kelod, Payangan, Gianyar, Bali. Tempatnya memang cantik dan tenang – sesuai sangat untuk majlis yang penuh makna.

Sehari sebelum hari bahagia, Luna dan Maxime menjalani upacara siraman – iaitu adat tradisional sebelum berkahwin. Majlis ini gabungkan elemen budaya Bali, Jawa dan Eropah. Hujan sempat turun sekejap pada pagi Selasa (6 Mei 2025), tapi ia langsung tak mencacatkan majlis yang dihiasi indah dengan bunga dan penjor tradisional Bali.

Upacara siraman ini ditayangkan secara langsung di saluran YouTube TS Media dan seperti dijangka, ramai penonton tak dapat alih pandangan daripada bakal pengantin lelaki, Maxime Bouttier. Penampilannya ketika itu benar-benar mencuri perhatian – dengan wajah yang berseri-seri dan aura tenang yang terserlah.

@omeletteic

prosesi siraman maxime #lunamaya #maximebouttier #viral #fyp

♬ Pengagum Rahasia – Nabila Taqiyyah

Ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan pujian:

“MasyaAllah, Maxime nampak bersih dan bercahaya betul masa siraman.”
“Luna memang bertuah… Maxime nampak sangat ikhlas dan penuh hormat.”
“Aura pengantin lelaki ni lain macam… berseri-seri macam baru keluar dari filem.”

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang cuba mengaitkan momen bahagia ini dengan kisah lama Luna, membuatkan ramai peminat tampil mempertahankan pasangan ini.

Sebelum siraman bermula, Luna juga sempat melakukan upacara sungkeman – di mana dia memohon restu daripada ibunya, Desa Maya Waltaurd Maiyer. Waktu mencuci dan mencium kaki ibunya, air mata Luna jatuh tanpa ditahan. Momen itu sangat menyentuh hati ramai yang menonton.

@omeletteic

ikutan nangis liat nya, pasti ibunya bahagia banget ngeliat anak perempuan nya nikah #lunamaya #maximebouttier #viral #fyp

♬ Berjalan Tanpamu – Nabila Taqiyyah

MURAI MY ingin mengucapkan tahniah buat Luna Maya dan Maxime Bouttier. Semoga majlis berjalan lancar dan rumahtangga yang bakal dibina dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang dan diberkati sepanjang hayat.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |