[VIDEO] Kumpulan KPOP TWICE Sokong Palestine, Kolaborasi Lagu “We Pray” Bersama Coldplay dan Elyanna

8 hours ago 4

TWICE, kumpulan K-pop popular yang selalu buat ONCE (nama fandom mereka) cair, kini tampil dengan satu tindakan berani yang menampilkan sokongan mereka terhadap Palestine secara terbuka.
Kumpulan ini menjadi bualan hangat di media sosial apabila mereka membuat kolaborasi bersama artis Palestine dan membuat konsert secara terbuka. Sebuah langkah yang jarang dilakukan oleh artis arus perdana Korea Selatan.

Kolaborasi Epik: Coldplay, Elyanna & TWICE

TWICE bersetuju membuat kolaborasi global yang mengejutnya dunia. Lagu yang berjudul “We Pray”, diterbitkan semula dalam versi baharu dinyanyikan bersama kumpulan rock terkenal dari UK, Coldplay, dan penyanyi Arab-Palestin, Elyanna. Dijangka lagu ini menjadi simbol solidariti rentas benua yang memperjuangkan mesej keamanan, perpaduan, dan kemanusiaan.
Peminat menyifatkan kerjasama antara TWICE, Elyana dan Coldplay sebagai suatu penghormatan besar, dan menyentuh hati masyarakat global mengenai penderitaan rakyat Palestin yang berlarutan.

Sokongan Melalui Muzik dan Aksi Kemanusiaan

TWICE yang terdiri daripada Jihyo, Nayeon, Tzuyu, Sana, Mina, Dahyun, Momo, Jeongyeon, dan Chaeyoung bukan hanya menyokong dari sudut moral, tetapi turut akan mengambil bahagian dalam beberapa inisiatif kemanusiaan.

Kumpulan artis ini telah berhenti membeli dan minum kopi dari Syarikat Starbucks. Dahyun juga telah mengambil tindakan untuk bekerjasama dengan Michael Kors dalam sebuah program makanan dunia untuk menderma makanan kepada kanak-kanak Palestin. Mina pula tidak gentar untuk menyiarkan gambar di akaun Instagram miliknya dengan penulisan di dinding “stop gen0c!de in palestine” di belakangnya.

Langkah berani mereka mendapat pelbagai reaksi, dengan ramai peminat menyokong pendirian kumpulan itu. Di platform X (sebelum ini Twitter), tanda pagar #TWICEForPalestine menjadi trending.

Reaksi Dunia Hiburan

Walaupun tindakan ini dipuji oleh ramai, terdapat juga pihak yang memberikan respons bercampur. Sesetengah pihak industri memberi amaran bahawa menyentuh isu geopolitik mungkin akan memberi impak terhadap kontrak komersial dan hubungan antarabangsa, terutamanya dalam pasaran seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan sendiri.

Namun, TWICE kelihatan teguh dalam pendirian mereka. Dalam satu wawancara eksklusif bersama majalah Rolling Stone, Nayeon  dengan lantang bersuara untuk menggunakan pengaruh mereka ke arah jalan yang baik.

“Kami hanya mahu menyuarakan apa yang kami rasa betul. Sebagai artis, kami ada platform dan kami rasa bertanggungjawab untuk menggunakannya demi suara-suara yang tidak didengari.” kata Nayeon,

Gabungan TWICE, Coldplay dan Elyanna bukan hanya menjanjikan karya muzik berkualiti tinggi, tetapi juga mencerminkan keberanian artis-artis global yang menggunakan suara mereka demi nilai-nilai kemanusiaan. Dalam dunia hiburan yang semakin terbuka terhadap perubahan sosial dan suara rakyat, langkah TWICE mungkin menjadi titik tolak kepada lebih banyak suara dari dunia K-pop menyertai perbincangan global.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |