“Video Ini Buat Saya Rindu Sesuatu”- Baim Wong

5 hours ago 3

Nampaknya kisah mengenai seorang pemuda dan seorang mekanik motosikal telah mencuri perhatian pelakon Indonesia, Baim Wong.

Untuk makluman semua, sebuah video telah tular di seluruh media sosial, memaparkan seorang pemuda bernama Dicky Yau yang dibantu oleh seorang mekanik motosikal, Mohd Yusuf atau lebih dikenali dengan panggilan Minyak Hitam Jalanan. Dalam video yang tular itu, Dicky meminta bantuan Yusuf untuk membaiki motosikalnya yang rosak di tepi jalan.

Namun video tersebut menyentuh hati orang ramai apabila Yusuf membaiki motosikal Dicky secara percuma selepas melihat Dicky berada dalam kesusahan kewangan.

@minyakhitamjalanan_

Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah

♬ original sound – romiez – romiez

Walau bagaimanapun, video tersebut turut tular di negara seberang sehingga pelakon Baim meluahkan rasa tersentuhnya melihat keikhlasan Yusuf membantu Dicky.

Menurut pelakon itu, dia percaya keikhlasan itu tulus daripada hati dan bukannya sekadar kandungan untuk dipertontonkan kepada umum. Susulan itu, Baim turut menyatakan hasratnya untuk menjemput mereka berdua ke tayangan perdana filem terbarunya.

“Ini bukan promo filem. Satu video ini, buat saya rindu akan sesuatu. Dari suaranya saya tau dia ikhlas, bukan kerana kamera. Semoga dia mahu menjadi tetamu istimewa untuk datang ke premiere filem.”

Keikhlasan Minyak Hitam Jalanan dan kejujuran Dicky telah mendapat pujian apabila orang ramai mendedahkan kedua-duanya tidak mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |