Kalau sebut pasal jalan raya di Kuala Lumpur, memang tak sah kalau tak ada cerita “tersalah masuk lorong” yang boleh spoil terus mood perjalanan. Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads jadi bualan ramai apabila seorang pengguna mengeluh tentang pengalaman tersalah masuk laluan di lebuh raya yang memisahkan arah ke Mytown Shopping Centre dan ke lebuhraya menuju ke KLIA.
MURAI tengok sendiri, perkongsian tu memang relatable tahap maksimum.
“Dua kali dah kena jalan ni, niat nak pergi Mytown lepastu silap masuk 35 minit nak patah balik siottt,” tulisnya berseloroh geram. Perkongsian itu terus meletup dan berjaya meraih lebih 4,600 tanda suka, bukti ramai sebenarnya senasib.
Menariknya, ruangan komen pula jadi tempat rakyat Malaysia ‘meluah rasa’ dengan gaya santai tapi pedih. Ada yang berseloroh,
“Kalau dah terlepas jalan ni sila batalkan plan ke Mytown, teruskan ke IOI sahaja hahaha,” seolah-olah sudah reda dengan takdir tersalah lorong.
Mytown Shopping CentreTak kurang juga yang berkongsi pengalaman lebih ‘tragis’.
“Ni belum masuk bulatan Kampung Pandan lagi. Either salah masuk hadap jem atau salah masuk Maju Expressway, nak patah balik kena hadap empat tol hahahaha,” tulis seorang lagi pengguna, menggambarkan betapa satu kesilapan kecil boleh bertukar jadi perjalanan panjang penuh dugaan.
Lebih mencuit hati, ada juga yang terus ‘give up’.
“Pernah jadi HAHAHAHAHA. Rumah dekat area KLIA. Niat nak pergi Mytown, bila salah jalan terus kami balik rumah sebab takde mood,” kongsi seorang pengguna, yang jelas memilih untuk mengalah daripada berdepan trafik.
Dalam pada itu, ada juga yang cuba beri ‘diagnosis’ kenapa perkara ini sering berlaku.
“Sebab signboard kat Malaysia ni dorang suka letak lepas simpang. Dah dekat baru nampak, mana sempat nak tukar lorong,” tulis seorang pengguna, menyentuh isu papan tanda yang didakwa kurang mesra pemandu.
Hakikatnya, laluan bercabang seperti ini memang jadi ‘perangkap’ kepada ramai, lebih-lebih lagi di kawasan sibuk sekitar ibu kota. Silap beberapa saat, boleh bertukar jadi 30 minit tambahan atas jalan.
Apa pun, kisah ini sekali lagi membuktikan satu perkara di Malaysia, salah masuk jalan bukan sekadar kesilapan, tapi satu pengalaman yang hampir semua orang pernah lalui… dan pasti ada versi cerita masing-masing

13 hours ago
8





![[VIDEO] Jinggo Kongsi Gelagat Elisya Sandha, Netizen ‘Cemburu’!-“Dia Layan Macam Anak..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/7f422cdd-bca5-4ef2-a969-d6531b02666a.webp)


![[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-1.webp)






























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)