Baru-baru ini, MURAI sempat “terpaku” seketika apabila terlihat satu video yang cukup menyentuh hati melibatkan keluarga diraja Johor. Momen istimewa itu memaparkan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim membuat kejutan buat adindanya, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Putera Jefri, di Johor Motorsports Racing (JMR).
Untuk pengetahuan, Johor Motorsports Racing (JMR) bukan calang-calang nama. Ia merupakan pasukan perlumbaan GT dan endurance yang semakin meningkat naik, malah berani mencipta nama di litar-litar paling berprestij dunia. Disokong oleh keluarga diraja Johor, JMR menggabungkan pemandu bertaraf dunia, strategi yang tepat serta kepakaran teknikal dalam setiap kempen perlumbaan mereka memang satu kebanggaan buat Malaysia.
Dalam video yang tular itu, Tunku Aminah dilihat hadir bersama dua anakandanya, iaitu Layla Sofiah dan anakanda keduanya, Danial. Turut kelihatan menemani beliau adalah suami tercinta, Dennis Muhammad Abdullah. Kehadiran mereka nyata menjadi satu kejutan yang cukup bermakna.
Lebih mencuri perhatian apabila turut kelihatan seorang lagi adinda, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, menjadikan pertemuan itu lengkap dengan suasana penuh kasih sayang dan keceriaan.
Riak wajah mereka semua jelas menggambarkan keterujaan apabila akhirnya dapat bertemu. Momen pelukan, senyuman dan gelak tawa yang dikongsikan itu cukup membuatkan ramai tersentuh simple, tapi penuh makna.
@johor.racingA SPECIAL FAMILY SURPRISE 🫶🏼 Prince Jefri Ibrahim & Prince Abu Bakar Ibrahim were treated to a pre-race surprise visit from Princess Aminah Ibrahim and family. #johor #malaysia #asianlemans
♬ original sound – Johor Motorsports Racing
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat sisi kekeluargaan ini. Ada juga yang teruja dapat melihat wajah anak-anak lelaki Tunku Aminah yang jarang ditampilkan kepada umum.
“Wehh jarang2 nampak muka anak anak lelaki Ku Inah. Hensemm”
Komen sebegitu jelas menunjukkan betapa momen ini bukan sahaja menggembirakan keluarga tersebut, malah turut mencuri hati orang ramai.
Bagi MURAI, inilah antara perkongsian yang paling ‘rare’ bukan sekadar video biasa, tapi gambaran hubungan kekeluargaan yang erat dalam suasana santai. Tak hairanlah kenapa video ini cepat jadi perhatian ramai.

10 hours ago
14




![[VIDEO] Jinggo Kongsi Gelagat Elisya Sandha, Netizen ‘Cemburu’!-“Dia Layan Macam Anak..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/7f422cdd-bca5-4ef2-a969-d6531b02666a.webp)


![[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-1.webp)































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)