Ikmal Amry ‘Throwback’ Jadi Peminat Amyra Rosli, Curi Perhatian Netizen!-“Sekarang Dia Pula Kena Panggil Saya Abang..”

14 hours ago 9

Aktor, Ikmal Amry mencuri perhatian netizen selepas mengimbas kembali kenangan dirinya yang menjadi peminat kepada pelakon jelita, Amyra Rosli.

Pasang Impian Untuk Berlakon Dengan Amyra 

Ikmal Amry atau nama sebenarnya Zulikmak Amry Ghazali menerusi hantaran di Thread turut memuatnaik tangkap layar DM yang dihantar kepada Amyra ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2014 selain sudah memasang impian untuk berlakon dengannya sejak awal penglibatan dalam lakonan.

“Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosly. Gigih cari tiket ABPBH hanya nak jumpa depan-depan. Fast forward, awal-awal jadi pelakon dah manifest nak berlakon dengan dia.

Tapi siapa lah saya time tu. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekarang dia pula kena panggil saya abang 😂. Fahim signing off ❤️.”-kongsi Ikmal di Thread

Curi Perhatian Netizen

Perkongsian Ikmal mencuri perhatian netizen yang teruja melihat lakonan mereka di dalam drama bersiri Khianat Yang Terpilih yang baru sahaja melabuhkan tirai pada malam tadi, malah ramai yang memuji sikap Ikmal yang sangat menjaga keperibadiannya biarpun sudah bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“Ikmal Amry antara pelakon yang boleh dikategorikan standard A+ .. selain dari lakonannya yang bagus, daripada dulu lagi dia sangat menjaga keperibadiannya . Berkahwin usia muda tak halang dia jaga prestasi, dan jaga hubungan rumahtangga dengan baik. Respek cara dia mengutamakan isteri dan anak-anak. Kena teruskan prestasi sebegini ya.”

“Berlakon banyak-banyak please. Tak kira la dah kahwin ke apa, tetap kena berlakon sebab best, menjadi watak. Semoga terus berjaya.”

“Teringat dulu tahun berapa ntah. Terjumpa kat perjumpaan keluarga besar Daeng. Yg sepupu ternampak Ikhmal, while me tengok macam pernah nampak cuma tak tahu nama. Jenoh cari nama dan akhirnya jumpa!! 🤣🤣 sampai sekarang ingat nama ni.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |