[VIDEO] Gelagat Watie Hanifiah Rakam Talita Pakai Kasut Tinggi Siti Sarah, Curi Perhatian Ramai!

1 day ago 11

Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.

Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM. Pada 23 Jun 2023, Shuib selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama Watie Hanifiah.

“Bagus Watie Beri Kasih Sayang Sepenuhnya Macam Anak Sendiri”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @watiehanifiah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, tanda suka sebanyak 83 ribu dan sebanyak 421 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Talita yang meminta kepada Watie untuk berhias dan memakai kasut tinggi seperti Allahyarhamah Siti Sarah untuk konsertnya di Singapura nanti.

@watiehanifiah

Ni lah anak perempuan kesayangan Daddy yg dulu kemain susah Mummy nak adun bab pakaian..Pi pantai pun kalau boleh nk pakai seluar jeans! Tapi now bila makin membesar tetiba dah pandai request nak pakai dress macam ibu dia time konsert,nak pakai kasut tinggi ibu,nak pilih kain lace sendiri😂 Aunty,Uncle & Kawan2 doakan konsert talita di Spore, Berjalan lancar ok🤲🏻 Masih sempat lagi ni kalau nk dapatkan Ticket tauuu!🥰 www.sistic.com.sg

♬ original sound – Watie Hanifiah – Watie Hanifiah

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kasih sayang seorang ibu takkan pernah putus kerana Watie melayan mereka seperti anak sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |