Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.
Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.
Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Kemudian Ramli Ms berkahwin dengan penyanyi Malaysia iaitu Datin Alyah dan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Izzara.
“Sempoi Betul Tok Ram Dengan Datin Alyah Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Datin Alyah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 253 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ramm yang membawa anak perempuannya iaitu Izzara pergi membeli barang di kedai runcit.
@alyah81officiallet’s shopping 🥰🥰🥰 #malaysiatrending #alyahtokram #trending #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #flypシ #alyahzara #fypage
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengataka bahawa tidak menyangka Tok Ram juga membayar secara tunai dan tidak seperti orang lain yang menggunakan Qr sahaja untuk membayar.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.