[VIDEO] Gelagat Pak Arab Rakam Kehadiran Siti Nurhaliza Tapi Tidak Mengenalinya, Curi Perhatian Netizen!

1 day ago 12

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Dia Rakam Je Sebab Ramai Rakam, Tapi Dia Tak Kenal Pun. Komen Korang Pun Boleh Tahan Lawak Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @shabouk9 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 114 ribu, tanda suka sebanyak 6,537 dan sebanyak 728 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan seorang individu warga asing yang merakam kehadiran Tokti namun dia tidak mengenali siapakah sebenarnya Tokti.

@shabouk9

طلعت مغنية بالاخير 🙂 I don’t know who is she #الشعب_الصيني_ماله_حل😂😂

♬ الصوت الأصلي – شعبوق 🙂

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga terhibur membaca komen dari netizen dalam ruangan komen video tersebut kerana ada yang bergurau dengan mengatakan bahawa Tokti penyanyi nombor 2 Malaysia.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |