[VIDEO] Gelagat Mariam, Anak Fizo & Mawar Curi Perhatian, “Petahnya Bercakap”

1 day ago 17

Anak kepada pelakon Fizo Omar dan usahawan Mawar Karim, Wan Maryam, sekali lagi mencuri perhatian warganet menerusi video unboxing patung Labubu yang dimuat naik oleh ibunya di TikTok. Dalam video tersebut, Maryam yang kini berusia lapan tahun, menunjukkan kepetahannya berbicara dan gelagat comelnya yang menghiburkan ramai.

@mawar_karim

unboxing katanya Mummy pun tak benda apa ni Maryam #unboxing #labubu

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Video yang dimuat naik oleh Mawar Karim di akaun TikToknya memaparkan Maryam sedang membuka enam kotak patung Labubu, satu demi satu, sambil memberikan reaksi spontan yang menghiburkan. Gaya comelnya membuatkan ramai geram dengan aksi Maryam itu.

“bagus lh marym ni kecikk dh tk malu ckp depan camera”

comel excited betul maryam..bijak die bercakap”

Bijak mariam.. bersyukur katanya”

cerdik betul maryam”

pandai ckp dh Maryam sama mcm mammy”

Kepetahan Maryam dalam berbicara bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, gelagatnya yang bersahaja dan loghatnya yang comel sering mengundang perhatian netizen. Dalam satu video yang dimuat naik oleh Fizo Omar, Maryam dilihat bertubi-tubi bertanyakan soalan kepada ayahnya, lagaknya tak ubah seperti pegawai penyiasat. Wajahnya yang teruja tatkala melihat kehadiran ayahnya cukup comel dan petah bercakap.

Maryam kini menjadi antara anak selebriti yang sering mencuri perhatian di media sosial dengan gelagat comelnya. Semoga Maryam terus membesar dengan sihat dan ceria, serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |