Tak dinafikan penampilan luar biasa penyanyi Aisha Retno sentiasa mencuri perhatian dan pujian ramai, termasuklah pelakon senior, Zila Bakarin.
Menerusi platform Threads, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin meluahkan rasa kagumnya terhadap cara Aisha menguruskan penampilannya yang kreatif itu.
“Tak nak komen artis sebenarnya. Takut! Tapi Akak minat kat awak, Akak komen gak la. Awak satu-satunya artis jimat kos. Asal boleh. Tak yah designer, agaknya lah. Capai apa yang boleh. Janji ada kain sapu lantai, kepak-kepak kat belakang sudah.”
Menerusi hantaran di Threads, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, memuat naik video pendek yang memaparkan dirinya menggayakan rekaan busana yang cukup unik.
“Macam Aisha Retinol tak? Ke Dettol?”
Walau bagaimanapun, Zila turut memberitahu bahawa komennya itu dibuat kerana rasa kagumnya dan berharap agar Aisha tidak terasa dengan komennya.
“Tak pe beb, artis pakai apa pun cantik. Jangan marah ye.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads meluahkan rasa terhibur mereka dengan respons Zila. Namun, ada juga yang mendedahkan bahawa setiap penampilan Aisha dibuat oleh pereka fesyennya tersendiri.
“Akak, she have designer la hihi. Baju dia lawa-lawa banyak designer buat!”
Untuk makluman, Aisha Retno sering tampil dengan fesyen uniknya, yang menggabungkan elemen tradisional etnik nusantara, potongan avant-garde moden dan eksperimental.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
8














































![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)
![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)

![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)