[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

1 day ago 19

Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira Othman iaitu Irfan Haris di media sosial, baru-baru ini.

Fattah Amin menerusi video yang dimuatnaik di TikTok sempat berseloroh melayan Irfan melakukan trend TikTok sebelum kembali menghantarnya ke dalam stor.

“Layankan la kejap sebelum Irfan Haris kena hantar balik masuk store hehe.”-kapsyen Fattah Amin di TikTok

@fattahamin

Layankan la kejap sebelum @Irfan Haris kena hantar balik masuk store. Hehe

♬ original sound – FattahAmin – FattahAmin

“Habis La Mira Kena Jaga Dua Orang Lak Sekarang…”

Perkongsian Fattah dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat ‘abang long’ bersama Irfan, malah ada yang sempat memetik nama Amira yang perlu menjaga dua orang jejaka.

“Finally dapat buat tiktok berdua dengan Ejaz Fakhri.”

“Ah sudah. Habis la Mira kena jaga dua orang lak sekarang 😆😆.”

“Takutnya Fattah sejak bergaul dengan Irfan ni 🤣.”

“Hahaha makin hari makin pelik eh abang long ni 🤣🤣.”

“Pengaruh rakan tak sebaya.”

“Macam trend tt dia follow eh. Mesti Irfan ajar ni.”

“Belum rasmi jadi adik ipar lagi, kalau betul-betul dah rasmi apa la yang si Ipan nak ajar kat abang long dia nie 🤣.”

“Makin kelakar Fattah 🤣 layankan adik netizen kami, dua-dua masuk air 🤣.”

“Yang aneh-aneh je bak kata kak long 🤣.”

“Suka tengok Fattah sekarang terbaik, bahagia di hati untuk diri sendiri.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |