Pelakon, Ezzrin Loy berkongsi rasa teruja apabila berpeluang untuk bertentang mata dengan bintang Hollywood terkenal, Tom Cruise pada acara tayangan perdana filem Mission: Impossible- The Final Reckoning di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
Ezzrin Loy, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan gelagat Ezzrin yang menitipkan ucapan terima kasih di atas sumbangan aktor Hollywood tersebut di dalam industri perfileman dunia.
“I met the blueprint, Setiap frame-nya, setiap pilihan, menggegarkan dunia. Beritahu saya, bagaimana saya tidak rasa teruja.
Terima kasih Tom, untuk segala-galanya.”-kongsi Ezzrin di Instagram
Rakan Selebriti ‘Cemburu’!
Perkongsian Ezzrin dibanjiri komen oleh rakan selebriti serta peminat yang meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat pertemuan istimewa ini, malah ada yang sempat berseloroh meminta pelakon ini untuk tidak mencuci tangannya selepas bersalaman dengan bintang Hollywood tersebut.
“Arghh jealous! Hahaha MasyaAllah Tabarakallah. Happy for you!.”-Elfira Loy
“Tom asal Melaka.”-Ikmal Amry
“Jangan basuh tangan lagi! Tunggu sampai KL.”-Radin ERA
“Proper. Confident young man. Big things coming your way insyaAllah.”-Alif Satar
“Uish mana tak tidurnya dah kalau zaman bapak-bapak kita pun dia jugak film star nya. Proud of you brother.”-Afieq Shazwan
“Congrats brother!!.”-Harris Annuar
“Adikk tu ex mummy tu arhhh.”-Didie Alias
“You are so F lucky adik!!.”-Nabila Huda
“Mana satu Tom Cruise ni?.”-Zahiril Adzim
“Menyala! Terus tenggelam Tom Cruise berdiri sebelah kau.”-Ben Ali
“Best nya.”-Hairul Azreen
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.