Spekulasi mengenai hubungan rapat antara pelakon terkenal Fattah Amin dan penyanyi serta pelakon Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas satu sesi siaran langsung (live) yang dilakukan oleh pengurus Fattah Amin menjadi tular di TikTok.
Video tersebut, yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @cute08628, memaparkan pengurus pasangan selebriti itu menjawab beberapa soalan daripada netizen yang bertanya secara terus mengenai status sebenar hubungan Fattah dan Amira.
@cute08628kredit live TT Sakirin Shak #doabaikbaik🤲 #fikirbaikbaik #fattahamin #amiraothman #fyp #viral #tiktokviral #trending #fyppppppppppppppppppppppp
Apa yang menarik, pengurus itu tidak menafikan adanya hubungan istimewa antara mereka berdua. Sebaliknya, beliau memilih untuk memberi jawapan yang lebih terbuka dan penuh makna.
“Doalah yang baik-baik.”
Netizen Mula Berspekulasi
Susulan daripada kenyataan itu, ramai netizen mula membuat pelbagai andaian. Ada yang merasakan kenyataan tersebut seolah-olah mengiyakan hubungan antara dua figura seni itu. Manakala ada juga yang lebih selesa untuk tunggu pengesahan rasmi daripada Fattah atau Amira sendiri.
Sebelum ini, Fattah dan Amira pernah digosipkan bersama ketika mereka bekerjasama dalam beberapa projek seni. Namun begitu, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sehinggalah siaran langsung pengurus itu mula menjadi buah mulut ramai.
“Kalau Jodoh Tak Ke Mana…”
Sebahagian peminat menyambut baik kemungkinan hubungan itu dan menyatakan sokongan mereka,
“Kalau betul pun, dua-dua single, dua-dua baik. Sama cantik sama padan!”
“Kalau betul mereka berjodoh. minta2 ini jodoh yg terakhir utk mereka berdua. semoga kekal hingga akhir hayat.”
“Tolongla kawinkan dorg cpt..moge kalini hingga ke syurga”
“Kalu xde denial dr pihak manager.. sahih la tu”
Namun ada juga segelintir yang meminta agar semua pihak memberi ruang privasi kepada Fattah dan Amira dan tidak terlalu cepat membuat spekulasi hanya berdasarkan satu sesi live.
Hubungan antara selebriti memang sering menjadi perhatian, apatah lagi apabila mereka saling berinteraksi secara mesra. Tetapi seperti kata pengurus mereka, “doakan yang baik-baik” – mungkin itu adalah petanda bahawa sesuatu sedang mekar di antara mereka… atau mungkin sekadar gurauan manis.
Apa pun, kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya daripada Fattah dan Amira sendiri. Untuk sekarang, biarlah rahsia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.