Dalam dunia perniagaan yang sering didominasi oleh persaingan sengit dan keuntungan, sebuah kafe kecil di Indonesia, Kopi Kamu, tampil dengan kelainan yang cukup menyentuh hati. Apa yang menjadikan kafe ini unik bukan sahaja terletak pada aroma kopi dan sajian yang menyelerakan, tetapi juga pada siapa yang menyediakannya – kesemua staf kafe ini terdiri daripada individu istimewa yang menghidap Sindrom Down.
Kafe ini yang terletak di kawasan Jakarta Selatan ini telah menjadi tular di media sosial selepas beberapa pelanggan berkongsi pengalaman mereka dilayan dengan mesra dan penuh dedikasi oleh staf-staf istimewa ini. Ramai netizen meluahkan rasa terharu dan kagum dengan usaha pemilik kafe yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan istimewa yang sering dipandang sebelah mata dalam dunia pekerjaan.
@ciraaaxnot a proper video tapi dateng ke cafe with down syndrome barista bener2 experience yg beda bgt!! kayak hati kita langsung lembut aja gitu rasanya? and tentu proud with them🥹 #kopikamu #jakarta
♬ mangu ourfeelings version – ourfeelings🪐
“Owner guna cable untuk ke syurga”
“Harap lebih ramai usahawan ikut jejak macam ni. Mereka ni bukan beban, mereka sangat berbakat kalau diberi peluang”
“buat owner kopi kamu wijaya semoga rezekimu dipermudah”
“Luar biasa owner punya hati yg tulus and mulia”
“Memanusiakan manusia”
Pemilik Kafe Dipuji – Memanusiakan Manusia
Pemilik kafe tersebut turut menerima pujian meluas atas keberanian dan keprihatinannya. Dalam satu temu bual ringkas bersama media tempatan, beliau menyatakan bahawa objektif utama beliau bukan sekadar menjual kopi, tetapi mahu membuka mata masyarakat bahawa individu dengan sindrom Down juga mampu bekerja dan menyumbang kepada masyarakat.
“Kami bekerjasama dengan POTATS (Persatuan Orang Tuan Dengan Anak Down Syndrome) dengan visi untuk membantu mereka lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Jadi mereka boleh menyara diri mereka”
“Harapan kami juga agar membantu mereka mempunyai kewangan sendiri dan memberi inspirasi kepada rakan istimewa yang lain bahawa mereka juga mampu dan mempunyai harapan cerah untuk menampung diri”
Selain menyediakan minuman dan makanan yang berkualiti, Kopi Kamu juga sering menerima aktiviti interaktif bersama komuniti seperti sambutan hari jadi, dan sesi bergambar yang menjadikan ia bukan sekadar tempat makan, tetapi juga ruang berkongsi kasih sayang.
Sokongan Padu dari Netizen
Ribuan pengguna media sosial telah berkongsi hantaran berkaitan kafe ini di TikTok, Instagram dan Facebook, disertai dengan kata-kata semangat dan dorongan agar lebih banyak perniagaan turut mengambil langkah serupa.
Kisah Kopi Kamu Wijaya ini jelas menunjukkan bahawa dengan keikhlasan dan keberanian, perniagaan boleh menjadi platform perubahan sosial. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilihat di masa hadapan. Harap kafe seperti ini juga akan dibuka di Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.